投稿した 2 週 日前
230.96K フォロワー
13.5K views
321 likes
12 comments
27 shares
𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗦𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗧𝗨𝗚𝗔𝗦 𝗧𝗜𝗠𝗕𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 (𝗙𝗢𝗥𝗘𝗡𝗦𝗜𝗞/𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗖𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗧𝗥𝗔𝗧𝗘𝗚𝗜𝗞) 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗔𝗦𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗝𝗘𝗡𝗔𝗬𝗔𝗛 KUALA LUMPUR, 16 Jun 2026: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu, hari ini hadir menjadi saksi Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Pengarah (Forensik/ Siasatan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah di antara CP Datuk Dennis Lim Kwang Keng dan SAC Afzanizar Ahmad, Ketua Penolong Pengarah D1. CP Datuk Dennis menzahirkan penghargaan khusus buat Jabatan Siasatan Jenayah yang telah menjadi tunjang dan nadi beliau selama berkhidmat di dalam pasukan. Beliau menaruh keyakinan yang tinggi bahawasanya kecemerlangan JSJ akan diteruskan di bawah kepimpinan yang sedia ada. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah di atas pelantikan Datuk Dennis Lim Kwang Keng atas pelantikan sebagai Ketua Polis Pulau Pinang yang baharu, serta pemakaian pangkat CP yang disempurnakan oleh Ketua Polis Negara (KPN) IG Tan Sri Dato' Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail pada 8 Jun yang lalu. Perlantikan ini merupakan manifestasi kesungguhan, komitmen dan kejayaan dalam memikul amanah yang diberikan sepanjang tempoh berkhidmat di dalam pasukan. Pelbagai jawatan penting serta kejayaan telah dikecapi oleh Datuk Dennis sepanjang perkhidmatan beliau di dalam Pasukan Sang Saka Biru. Beliau turut meninggalkan legasi yang signifikan dalam pembangunan forensik di peringkat national dan juga antarabangsa. Sebagai individu yang mementingkan semangat kerja berpasukan, beliau ternyata telah berjaya memacu Jabatan Siasatan Jenayah dalam memperkemas serta memperkasa tadbir urus Jabatan, khususnya dalam mencapai KPI Jabatan secara konsisten. Datuk PJSJ mengharapkan CP Datuk Dennis Lim Kwang Kim meneruskan kecemerlangan perkhidmatan serta profesionalisme di tempat baru kelak. Hadir sama dalam Majlis tersebut DCP Datuk Mohd Sukri Kaman Timbalan Pengarah (Risikan/ Operasi), Datuk Mohd Fazley Ab Rahman Timbalan Pengarah (Siasatan/ Perundangan), Ketua-Ketua Penolong Pengarah JSJ, Penolong-Penolong Pengarah, Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis Jabatan Siasatan Jenayah. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP