Postado 2 semanas atrรกs
230.96K seguidores
13.6K views
321 likes
12 comments
27 shares
๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐ฆ๐๐ฅ๐๐ ๐ง๐๐ฅ๐๐ ๐ ๐ง๐จ๐๐๐ฆ ๐ง๐๐ ๐๐๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฅ๐๐ (๐๐ข๐ฅ๐๐ก๐ฆ๐๐/๐ฃ๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐ก๐๐๐ก ๐ฆ๐ง๐ฅ๐๐ง๐๐๐๐) ๐๐๐๐๐ง๐๐ก ๐ฆ๐๐๐ฆ๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ก๐๐ฌ๐๐ KUALA LUMPUR, 16 Jun 2026: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu, hari ini hadir menjadi saksi Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Pengarah (Forensik/ Siasatan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah di antara CP Datuk Dennis Lim Kwang Keng dan SAC Afzanizar Ahmad, Ketua Penolong Pengarah D1. CP Datuk Dennis menzahirkan penghargaan khusus buat Jabatan Siasatan Jenayah yang telah menjadi tunjang dan nadi beliau selama berkhidmat di dalam pasukan. Beliau menaruh keyakinan yang tinggi bahawasanya kecemerlangan JSJ akan diteruskan di bawah kepimpinan yang sedia ada. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah di atas pelantikan Datuk Dennis Lim Kwang Keng atas pelantikan sebagai Ketua Polis Pulau Pinang yang baharu, serta pemakaian pangkat CP yang disempurnakan oleh Ketua Polis Negara (KPN) IG Tan Sri Dato' Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail pada 8 Jun yang lalu. Perlantikan ini merupakan manifestasi kesungguhan, komitmen dan kejayaan dalam memikul amanah yang diberikan sepanjang tempoh berkhidmat di dalam pasukan. Pelbagai jawatan penting serta kejayaan telah dikecapi oleh Datuk Dennis sepanjang perkhidmatan beliau di dalam Pasukan Sang Saka Biru. Beliau turut meninggalkan legasi yang signifikan dalam pembangunan forensik di peringkat national dan juga antarabangsa. Sebagai individu yang mementingkan semangat kerja berpasukan, beliau ternyata telah berjaya memacu Jabatan Siasatan Jenayah dalam memperkemas serta memperkasa tadbir urus Jabatan, khususnya dalam mencapai KPI Jabatan secara konsisten. Datuk PJSJ mengharapkan CP Datuk Dennis Lim Kwang Kim meneruskan kecemerlangan perkhidmatan serta profesionalisme di tempat baru kelak. Hadir sama dalam Majlis tersebut DCP Datuk Mohd Sukri Kaman Timbalan Pengarah (Risikan/ Operasi), Datuk Mohd Fazley Ab Rahman Timbalan Pengarah (Siasatan/ Perundangan), Ketua-Ketua Penolong Pengarah JSJ, Penolong-Penolong Pengarah, Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis Jabatan Siasatan Jenayah. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP