MAF TV ยท @tenteramalaysia_

Posted 5 months ago
7.09K followers
6.56K views
216 likes
1 comments
6 shares

L๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐๐€๐๐†๐‹๐ˆ๐Œ๐€ ๐“๐„๐๐“๐„๐‘๐€ ๐”๐ƒ๐€๐‘๐€ ๐Š๐„ ๐“๐”๐‘๐Š๐ˆ๐’๐‡ ๐€๐„๐‘๐Ž๐’๐๐€๐‚๐„ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ๐„๐’ (๐“๐€๐ˆ) ๐“๐ˆ๐๐‰๐€๐” ๐๐„๐‘๐Ž๐‹๐„๐‡๐€๐ ๐”๐€๐’ ๐€๐๐Š๐€ ๐“๐”๐ƒ๐Œ ANKARA, 13 November 2025 โ€“ Panglima Tentera Udara, Jeneral Datoโ€™ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah melaksanakan Lawatan Kerja Rasmi ke Turkish Aerospace Industries (TAI) bagi mengikuti perkembangan terkini perolehan UAS ANKA milik TUDM yang kini berada di fasa akhir integrasi sebelum penghantaran aset yang dijangka pada penghujung tahun ini. Lebih bersejarah, lawatan ini turut menyaksikan Majlis Penutup Kursus Peralihan Pesawat ANKA yang terdiri daripada 6 Juruterbang dan 6 Jurusensor Senjata dari No 11 Skuadron yang merangkumi penerbangan simulator dan penerbangan sebenar selama 5 bulan di premis TAI. Semasa lawatan di Turki, Panglima Tentera Udara berkesempatan menzahirkan ucapan takziah kepada wakil Komander Turkish Air Force (TurAF) di atas insiden kemalangan pesawat C-130 baru-baru ini yang telah mengorbankan seramai 20 anggota TurAF. Panglima Tentera Udara dan delegasi juga berkesempatan mengadakan lawatan ke Secretariat of Defence Industries (SSB) dan beberapa syarikat pertahanan Turkiye seperti Aselsan dan Havelsan bagi mendapatkan informasi berkenaan produk-produk pertahanan Turkiye terkini. Mengiringi Panglima Tentera Udara adalah Leftenan Jeneral Datoโ€™ Muhammad Tarminzi bin Haji Mustapha TUDM serta Atase Pertahanan di Turki dan Tim Projek UAS. Aset UAS ANKA TUDM merupakan salah satu pelan perolehan RMKe-12 TUDM. Dengan perolehan aset strategik ini membolehkan TUDM meningkatkan keupayaan untuk mengesan dan amaran awal bagi melindungi serta mempertahankan kepentingan di kawasan hadapan dan lanjutan negara. #maftv #tudm #atm #turkey #ueropean