MAF TV · @tenteramalaysia_

Pubblicato 7 mesi fa
7.17K seguaci
6.6K views
217 likes
1 comments
6 shares

L𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐋𝐈𝐌𝐀 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐄 𝐓𝐔𝐑𝐊𝐈𝐒𝐇 𝐀𝐄𝐑𝐎𝐒𝐏𝐀𝐂𝐄 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈𝐄𝐒 (𝐓𝐀𝐈) 𝐓𝐈𝐍𝐉𝐀𝐔 𝐏𝐄𝐑𝐎𝐋𝐄𝐇𝐀𝐍 𝐔𝐀𝐒 𝐀𝐍𝐊𝐀 𝐓𝐔𝐃𝐌 ANKARA, 13 November 2025 – Panglima Tentera Udara, Jeneral Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah melaksanakan Lawatan Kerja Rasmi ke Turkish Aerospace Industries (TAI) bagi mengikuti perkembangan terkini perolehan UAS ANKA milik TUDM yang kini berada di fasa akhir integrasi sebelum penghantaran aset yang dijangka pada penghujung tahun ini. Lebih bersejarah, lawatan ini turut menyaksikan Majlis Penutup Kursus Peralihan Pesawat ANKA yang terdiri daripada 6 Juruterbang dan 6 Jurusensor Senjata dari No 11 Skuadron yang merangkumi penerbangan simulator dan penerbangan sebenar selama 5 bulan di premis TAI. Semasa lawatan di Turki, Panglima Tentera Udara berkesempatan menzahirkan ucapan takziah kepada wakil Komander Turkish Air Force (TurAF) di atas insiden kemalangan pesawat C-130 baru-baru ini yang telah mengorbankan seramai 20 anggota TurAF. Panglima Tentera Udara dan delegasi juga berkesempatan mengadakan lawatan ke Secretariat of Defence Industries (SSB) dan beberapa syarikat pertahanan Turkiye seperti Aselsan dan Havelsan bagi mendapatkan informasi berkenaan produk-produk pertahanan Turkiye terkini. Mengiringi Panglima Tentera Udara adalah Leftenan Jeneral Dato’ Muhammad Tarminzi bin Haji Mustapha TUDM serta Atase Pertahanan di Turki dan Tim Projek UAS. Aset UAS ANKA TUDM merupakan salah satu pelan perolehan RMKe-12 TUDM. Dengan perolehan aset strategik ini membolehkan TUDM meningkatkan keupayaan untuk mengesan dan amaran awal bagi melindungi serta mempertahankan kepentingan di kawasan hadapan dan lanjutan negara. #maftv #tudm #atm #turkey #ueropean