Posted 1 month ago
28.36K followers
1.05K views
7 likes
0 comments
0 shares
𝗗𝗕𝗣 𝗟𝗔𝗡𝗖𝗔𝗥 𝗧𝗜𝗚𝗔 𝗕𝗨𝗞𝗨 𝗠𝗔𝗡𝗨𝗔𝗟 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗚𝗨𝗡𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗦𝗕𝗠 𝗗𝗜 𝗣𝗕𝗔𝗞𝗟 𝟮𝟬𝟮𝟲 Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah melancarkan tiga buah buku Manual Penggunaan Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM), iaitu Manual Penggunaan KSBM: Pembinaan Kurikulum, Manual Penggunaan KSBM: Pentaksiran dan Manual Penggunaan KSBM: Pembinaan Modul Latihan dan Bahan Sokongan pada 5 Jun 2026 sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 di WTCKL. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Rusmini binti Ku Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Dasar dan Kurikulum), mewakili Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, YBhg. Datuk Dr. Mohd Azam bin Ahmad. Penerbitan ketiga-tiga manual ini bertujuan untuk menyediakan rujukan rasmi dan standard kepada pengguna KSBM, menyeragamkan pelaksanaannya serta memperkukuh pembangunan, pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran bahasa Melayu secara sistematik dan bersepadu. #BahasaJiwaBangsa #KSBM #DBP #PBAKL2026 #bahasamelayu