Pubblicato 1 mese fa
28.39K seguaci
1.06K views
7 likes
0 comments
0 shares
๐๐๐ฃ ๐๐๐ก๐๐๐ฅ ๐ง๐๐๐ ๐๐จ๐๐จ ๐ ๐๐ก๐จ๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐จ๐ก๐๐๐ก ๐๐ฆ๐๐ ๐๐ ๐ฃ๐๐๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah melancarkan tiga buah buku Manual Penggunaan Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM), iaitu Manual Penggunaan KSBM: Pembinaan Kurikulum, Manual Penggunaan KSBM: Pentaksiran dan Manual Penggunaan KSBM: Pembinaan Modul Latihan dan Bahan Sokongan pada 5 Jun 2026 sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 di WTCKL. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Rusmini binti Ku Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Dasar dan Kurikulum), mewakili Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, YBhg. Datuk Dr. Mohd Azam bin Ahmad. Penerbitan ketiga-tiga manual ini bertujuan untuk menyediakan rujukan rasmi dan standard kepada pengguna KSBM, menyeragamkan pelaksanaannya serta memperkukuh pembangunan, pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran bahasa Melayu secara sistematik dan bersepadu. #BahasaJiwaBangsa #KSBM #DBP #PBAKL2026 #bahasamelayu