CID_RMP ยท @cidrmp

Posted 1 day ago
247.85K followers
1.62K views
100 likes
0 comments
2 shares

๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐——๐—ฅ๐— โ€“๐—ฆ๐—ฃ๐—™ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—›๐—จ๐—•๐—จ๐—ก๐—š ๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” (๐—๐—ฆ๐—˜๐—–) โ€“ ๐—ฆ๐—ข๐—ฃ ๐Ÿณ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐—ฆ๐—œ๐——๐—˜๐—ก ๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐—ฆ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—”๐——๐—”๐—ก (๐—–๐—•๐—œ๐— ): ๐—ง๐—œ๐—ก๐——๐—”๐—ž ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฆ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—–๐—” ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ง๐—”๐—ก JOHOR BAHRU, 25 November 2026 โ€“ CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (PJSJ), menerima kunjungan delegasi Singapore Police Force (SPF) yang diketuai oleh SAC Julius Lim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah SPF, sempena Mesyuarat Penyelarasan bersama Singapore Police Force (SPF) berkaitan Joint Security Committee (JSEC) Cross-Border Incident Management (CBIM) โ€“ SOP 7: Joint Response and Post-Investigation) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 10, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor. Mesyuarat yang dipengerusikan bersama oleh kedua-dua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah tersebut bertujuan memperkukuh penyelarasan dan kerjasama antara PDRM dan SPF dalam pengurusan insiden rentas sempadan, khususnya berkaitan pelaksanaan SOP 7. Tiga perkara utama telah dibincangkan, meliputi tempoh maklum balas berhubung pelepasan bidang kuasa utama (waiver of primary jurisdiction), proses penyerahan individu yang terlibat dalam insiden rentas sempadan antara kedua-dua bidang kuasa serta keutamaan pemeriksaan mayat bagi kes kematian yang berlaku di RTS Link. Perbincangan turut menjadi platform bagi kedua-dua pihak bertukar pandangan, memperjelas prosedur operasi serta mengenal pasti pendekatan yang bersesuaian dengan kerangka perundangan dan keperluan operasi masing-masing. PDRM dan SPF terus komited memperkukuh hubungan kerjasama strategik, berteraskan kepercayaan, persefahaman profesional serta koordinasi yang berkesan dalam menangani cabaran keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang yang melibatkan kedua-dua negara. Delegasi SPF turut disertai oleh SAC Fanny Koh Timbalan Pengarah JSJ, SUPT Dorcas Ng Ketua Siasatan Divisyen Woodlands, SUPT Sarah Ann Lee Timbalan Ketua Cawangan Dasar Siasatan JSJ, DSP Simon Poh, ASP Khalif Adam Malik Timboel Manik dan SI Mohd Hayqal. Turut hadir daripada delegasi PDRM ialah DCP Datuk Mohamad Farouk Eshak Timbalan Pengarah JSJ (Forensik/ Perancangan Strategik), barisan-barisan Ketua Penolong Pengarah (KPP) JSJ, Timbalan Ketua JSJ Johor dan pegawai-pegawai kanan JSJ. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP