Verรถffentlicht 2 Tage vor
247.85K followern
1.68K views
102 likes
0 comments
2 shares
๐ ๐๐ฆ๐ฌ๐จ๐๐ฅ๐๐ง ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ก ๐ฃ๐๐ฅ๐ โ๐ฆ๐ฃ๐ ๐๐๐ฅ๐๐จ๐๐จ๐ก๐ ๐๐๐ช๐๐ง๐๐ก๐๐จ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ (๐๐ฆ๐๐) โ ๐ฆ๐ข๐ฃ ๐ณ ๐ฃ๐๐ก๐๐จ๐ฅ๐จ๐ฆ๐๐ก ๐๐ก๐ฆ๐๐๐๐ก ๐ฅ๐๐ก๐ง๐๐ฆ ๐ฆ๐๐ ๐ฃ๐๐๐๐ก (๐๐๐๐ ): ๐ง๐๐ก๐๐๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ฆ๐๐ ๐ฆ๐๐๐ฆ๐๐ง๐๐ก JOHOR BAHRU, 25 November 2026 โ CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (PJSJ), menerima kunjungan delegasi Singapore Police Force (SPF) yang diketuai oleh SAC Julius Lim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah SPF, sempena Mesyuarat Penyelarasan bersama Singapore Police Force (SPF) berkaitan Joint Security Committee (JSEC) Cross-Border Incident Management (CBIM) โ SOP 7: Joint Response and Post-Investigation) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 10, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor. Mesyuarat yang dipengerusikan bersama oleh kedua-dua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah tersebut bertujuan memperkukuh penyelarasan dan kerjasama antara PDRM dan SPF dalam pengurusan insiden rentas sempadan, khususnya berkaitan pelaksanaan SOP 7. Tiga perkara utama telah dibincangkan, meliputi tempoh maklum balas berhubung pelepasan bidang kuasa utama (waiver of primary jurisdiction), proses penyerahan individu yang terlibat dalam insiden rentas sempadan antara kedua-dua bidang kuasa serta keutamaan pemeriksaan mayat bagi kes kematian yang berlaku di RTS Link. Perbincangan turut menjadi platform bagi kedua-dua pihak bertukar pandangan, memperjelas prosedur operasi serta mengenal pasti pendekatan yang bersesuaian dengan kerangka perundangan dan keperluan operasi masing-masing. PDRM dan SPF terus komited memperkukuh hubungan kerjasama strategik, berteraskan kepercayaan, persefahaman profesional serta koordinasi yang berkesan dalam menangani cabaran keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang yang melibatkan kedua-dua negara. Delegasi SPF turut disertai oleh SAC Fanny Koh Timbalan Pengarah JSJ, SUPT Dorcas Ng Ketua Siasatan Divisyen Woodlands, SUPT Sarah Ann Lee Timbalan Ketua Cawangan Dasar Siasatan JSJ, DSP Simon Poh, ASP Khalif Adam Malik Timboel Manik dan SI Mohd Hayqal. Turut hadir daripada delegasi PDRM ialah DCP Datuk Mohamad Farouk Eshak Timbalan Pengarah JSJ (Forensik/ Perancangan Strategik), barisan-barisan Ketua Penolong Pengarah (KPP) JSJ, Timbalan Ketua JSJ Johor dan pegawai-pegawai kanan JSJ. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP