CID_RMP ยท @cidrmp

Posted 1 week ago
240.56K followers
9.38K views
343 likes
5 comments
45 shares

๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—” (๐—ž๐—ฃ๐—ก) ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ ๐Ÿณ๐˜๐—ต ๐—ก๐—”๐—ง๐—œ๐—ข๐—ก๐—”๐—Ÿ ๐—™๐—ข๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—ฆ๐—œ๐—– ๐—ฆ๐—–๐—œ๐—˜๐—ก๐—–๐—˜ ๐—ฆ๐—ฌ๐— ๐—ฃ๐—ข๐—ฆ๐—œ๐—จ๐—  ๐—™๐—ข๐—ฅ ๐—Ÿ๐—”๐—ช ๐—˜๐—ก๐—™๐—ข๐—ฅ๐—–๐—˜๐— ๐—˜๐—ก๐—ง (๐—ก๐—”๐—™๐—ฆ๐—Ÿ๐—˜) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ KUALA LUMPUR, 17 September 2026: CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (PJSJ) hari ini mengiringi IG Tan Sri Datoโ€™ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail, Ketua Polis Negara (KPN) bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Pembukaan 7th National Forensic Science Symposium for Law Enforcement (NAFSLE) 2026 yang berlangsung di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur. Memasuki tahun ketujuh penganjuran NAFSLE terus menjadi platform strategik dalam memperkasa bidang Sains Forensik menerusi perkongsian kepakaran, pengetahuan, teknologi serta amalan terbaik, di samping memperkukuh jaringan kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM), agensi penguatkuasaan dan pihak berkepentingan. Mengangkat tema โ€œForensic: AI Connecting the Dotsโ€, NAFSLE 2026 memberi fokus kepada peranan dan potensi Artificial Intelligence (AI) dalam memperkukuh keupayaan Sains Forensik serta penyiasatan jenayah, selaras dengan perkembangan teknologi dan perubahan landskap jenayah masa kini. Dalam ucapan perasmiannya, IG Tan Sri Datoโ€™ Seri Hj. Mohd Khalid (KPN) menegaskan bahawa perkembangan teknologi yang semakin pesat menuntut PDRM dan seluruh agensi penguatkuasaan untuk terus bergerak seiring dengan kemajuan teknologi semasa. Terdahulu, CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (PJSJ) dalam ucapannya menekankan kepentingan Sains Forensik sebagai tonggak utama dalam memperkukuh kualiti penyiasatan berasaskan bukti saintifik. Selaras dengan tema NAFSLE 2026, integrasi kepakaran forensik dengan teknologi AI dilihat berupaya membuka dimensi baharu dalam usaha mengesan, menghubung kait dan merungkai bukti secara lebih sistematik dan tepat. CP Datuk M. Kumar menegaskan meskipun adanya penggunaan teknologi AI, keputusan dari pegawai yang mengendalikan AI adalah penting dalam menentukan keadilan kepada mangsa. Hadir sama YBhg Dato' Meor Ismail Meor Akim, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), barisan Pengarah-Pengarah Jabatan PDRM, Ketua-Ketua Polis Negeri, DCP Datuk Mohd Sukri Kaman, Timbalan Pengarah JSJ (Risikan/ Operasi), DCP Datuk Mohd Fazley Ab Rahman, Timbalan Pengarah JSJ (Siasatan/ Perundangan), DCP Datuk Mohamad Farouk Eshak, Timbalan Pengarah JSJ (Forensik/ Perancangan Strategik), Ketua-Ketua Jabatan Siasatan Jenayah dari setiap Kontinjen serta pegawai-pegawai kanan. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP