CID_RMP · @cidrmp

Publicado por 1 semana hace
240.56K seguidores
9.38K views
343 likes
5 comments
45 shares

𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 (𝗞𝗣𝗡) 𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜 𝟳𝘁𝗵 𝗡𝗔𝗧𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟 𝗙𝗢𝗥𝗘𝗡𝗦𝗜𝗖 𝗦𝗖𝗜𝗘𝗡𝗖𝗘 𝗦𝗬𝗠𝗣𝗢𝗦𝗜𝗨𝗠 𝗙𝗢𝗥 𝗟𝗔𝗪 𝗘𝗡𝗙𝗢𝗥𝗖𝗘𝗠𝗘𝗡𝗧 (𝗡𝗔𝗙𝗦𝗟𝗘) 𝟮𝟬𝟮𝟲 KUALA LUMPUR, 17 September 2026: CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (PJSJ) hari ini mengiringi IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail, Ketua Polis Negara (KPN) bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Pembukaan 7th National Forensic Science Symposium for Law Enforcement (NAFSLE) 2026 yang berlangsung di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur. Memasuki tahun ketujuh penganjuran NAFSLE terus menjadi platform strategik dalam memperkasa bidang Sains Forensik menerusi perkongsian kepakaran, pengetahuan, teknologi serta amalan terbaik, di samping memperkukuh jaringan kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM), agensi penguatkuasaan dan pihak berkepentingan. Mengangkat tema “Forensic: AI Connecting the Dots”, NAFSLE 2026 memberi fokus kepada peranan dan potensi Artificial Intelligence (AI) dalam memperkukuh keupayaan Sains Forensik serta penyiasatan jenayah, selaras dengan perkembangan teknologi dan perubahan landskap jenayah masa kini. Dalam ucapan perasmiannya, IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid (KPN) menegaskan bahawa perkembangan teknologi yang semakin pesat menuntut PDRM dan seluruh agensi penguatkuasaan untuk terus bergerak seiring dengan kemajuan teknologi semasa. Terdahulu, CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (PJSJ) dalam ucapannya menekankan kepentingan Sains Forensik sebagai tonggak utama dalam memperkukuh kualiti penyiasatan berasaskan bukti saintifik. Selaras dengan tema NAFSLE 2026, integrasi kepakaran forensik dengan teknologi AI dilihat berupaya membuka dimensi baharu dalam usaha mengesan, menghubung kait dan merungkai bukti secara lebih sistematik dan tepat. CP Datuk M. Kumar menegaskan meskipun adanya penggunaan teknologi AI, keputusan dari pegawai yang mengendalikan AI adalah penting dalam menentukan keadilan kepada mangsa. Hadir sama YBhg Dato' Meor Ismail Meor Akim, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), barisan Pengarah-Pengarah Jabatan PDRM, Ketua-Ketua Polis Negeri, DCP Datuk Mohd Sukri Kaman, Timbalan Pengarah JSJ (Risikan/ Operasi), DCP Datuk Mohd Fazley Ab Rahman, Timbalan Pengarah JSJ (Siasatan/ Perundangan), DCP Datuk Mohamad Farouk Eshak, Timbalan Pengarah JSJ (Forensik/ Perancangan Strategik), Ketua-Ketua Jabatan Siasatan Jenayah dari setiap Kontinjen serta pegawai-pegawai kanan. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP