Posted 2 weeks ago
237.26K followers
20.34K views
464 likes
9 comments
18 shares
(1162460)
]
๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐๐๐ง๐๐ก ๐ฆ๐๐๐ฆ๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ก๐๐ฌ๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฅ๐จ๐ฆ๐๐๐๐ก ๐ ๐๐ฆ๐ฌ๐จ๐๐ฅ๐๐ง ๐๐๐๐-๐ข๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐๐๐ก๐๐๐๐ฅ๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐๐ก ๐๐ข๐ฅ๐๐ก๐ฆ๐๐ ๐๐๐๐๐ง๐๐ ๐๐ข๐ ๐ฃ๐ฅ๐๐๐๐ก๐ฆ๐๐ ๐ ๐๐๐ ๐๐ ๐๐ข๐ฅ๐๐ก๐ฆ๐๐ ๐๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐ฃ๐ข๐๐๐ฆ ๐๐๐ฅ๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐ PUTRAJAYA, 21 Ogos 2026 โ CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (PJSJ) hari ini mempengerusikan Mesyuarat Permulaan (Kick-Off Meeting) Kontrak Perkhidmatan Penyelenggaraan Peralatan dan Perisian Forensik Digital Komprehensif Makmal Forensik Cheras. Turut bersama dalam mesyuarat tersebut DCP Datuk Mohamad Farouk Eshak Timbalan Pengarah (Forensik/Perancangan Strategik), SAC Zuraimi Zam Zam Ketua Penolong Pengarah D10, SAC Afzanizar Ahmad Ketua Penolong Pengarah D1 dan Penolong-Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman. Mesyuarat turut dihadiri oleh Encik Amirul Asyraf Ismail Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Perolehan Kementerian Dalam Negeri (KDN), manakala Syarikat Prisma Khas Sdn Bhd dihadiri oleh Encik Hazri Haidar Pengarah SPKSB, Ahli-Ahli Lembaga Pengarah, serta Pengurusan Tertinggi SPKSB. Mesyuarat ini menjadi platform penting bagi menyelaras skop kerja, tanggungjawab, mekanisme pemantauan serta pelaksanaan kontrak demi memastikan kesiapsiagaan dan kesinambungan operasi Makmal Forensik PDRM sentiasa berada pada tahap optimum. Dalam ucapannya, PJSJ menegaskan bahawa integriti, keselamatan dan kerahsiaan maklumat tidak boleh dikompromi, selain setiap pihak perlu memastikan tindakan terhadap sebarang kerosakan atau isu teknikal dilaksanakan dengan pantas dan berkesan bagi mengelakkan proses analisis barang kes serta siasatan terjejas. Mesyuarat turut dihadiri wakil Technology Depository Agency (TDA), Ahli Jawatankuasa Kerja dan Teknikal, serta pihak berkepentingan dalam pelaksanaan kontrak berkenaan. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP