Veröffentlicht 2 Wochen vor
237.28K followern
20.34K views
465 likes
9 comments
18 shares
(1162460)
]
𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗔𝗦𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗝𝗘𝗡𝗔𝗬𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗘𝗥𝗨𝗦𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗞𝗜𝗖𝗞-𝗢𝗙𝗙 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗥𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗟𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗦𝗜𝗔𝗡 𝗙𝗢𝗥𝗘𝗡𝗦𝗜𝗞 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 𝗞𝗢𝗠𝗣𝗥𝗘𝗛𝗘𝗡𝗦𝗜𝗙 𝗠𝗔𝗞𝗠𝗔𝗟 𝗙𝗢𝗥𝗘𝗡𝗦𝗜𝗞 𝗖𝗛𝗘𝗥𝗔𝗦 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗗𝗜𝗥𝗔𝗝𝗔 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 PUTRAJAYA, 21 Ogos 2026 – CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (PJSJ) hari ini mempengerusikan Mesyuarat Permulaan (Kick-Off Meeting) Kontrak Perkhidmatan Penyelenggaraan Peralatan dan Perisian Forensik Digital Komprehensif Makmal Forensik Cheras. Turut bersama dalam mesyuarat tersebut DCP Datuk Mohamad Farouk Eshak Timbalan Pengarah (Forensik/Perancangan Strategik), SAC Zuraimi Zam Zam Ketua Penolong Pengarah D10, SAC Afzanizar Ahmad Ketua Penolong Pengarah D1 dan Penolong-Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman. Mesyuarat turut dihadiri oleh Encik Amirul Asyraf Ismail Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Perolehan Kementerian Dalam Negeri (KDN), manakala Syarikat Prisma Khas Sdn Bhd dihadiri oleh Encik Hazri Haidar Pengarah SPKSB, Ahli-Ahli Lembaga Pengarah, serta Pengurusan Tertinggi SPKSB. Mesyuarat ini menjadi platform penting bagi menyelaras skop kerja, tanggungjawab, mekanisme pemantauan serta pelaksanaan kontrak demi memastikan kesiapsiagaan dan kesinambungan operasi Makmal Forensik PDRM sentiasa berada pada tahap optimum. Dalam ucapannya, PJSJ menegaskan bahawa integriti, keselamatan dan kerahsiaan maklumat tidak boleh dikompromi, selain setiap pihak perlu memastikan tindakan terhadap sebarang kerosakan atau isu teknikal dilaksanakan dengan pantas dan berkesan bagi mengelakkan proses analisis barang kes serta siasatan terjejas. Mesyuarat turut dihadiri wakil Technology Depository Agency (TDA), Ahli Jawatankuasa Kerja dan Teknikal, serta pihak berkepentingan dalam pelaksanaan kontrak berkenaan. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP