Posted 2 weeks ago
236.23K followers
8.95K views
262 likes
4 comments
10 shares
𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗔𝗥𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗞𝗨𝗠𝗣𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗠𝗘𝗠𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚𝗜 𝗝𝗘𝗡𝗔𝗬𝗔𝗛 𝗥𝗘𝗡𝗧𝗔𝗦 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗔𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 - 𝗥𝗘𝗣𝗨𝗕𝗟𝗜𝗞 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗖𝗛𝗜𝗡𝗔 𝗕𝗜𝗟. 𝟭/𝟮𝟬𝟮𝟲 KUALA LUMPUR, 6 Ogos 2026 – CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), hari ini telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Kumpulan Kerja Memerangi Jenayah Rentas Sempadan Malaysia–Republik Rakyat China Bil. 1/2026 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Menara 2, Bukit Aman. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh DCP Datuk Mohd Sukri Kaman, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi), DCP Datuk Mohd Fazley Ab Rahman, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan), DCP Datuk Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (Risikan/Operasi), SAC Seetha Davi A/P Govindan Nair, Penolong Pengarah E3A Cawangan Khas, ACP Loh Pei Pei, ACP Perhubungan Antarabangsa Urus Setia KPN serta Ketua-Ketua Penolong Pengarah dan wakil daripada Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) melibatkan Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Gerakan Udara (PGU) dan Pasukan Polis Marin (PPM). Mesyuarat ini diadakan bagi menetapkan hala tuju penubuhan Kumpulan Kerja Memerangi Jenayah Rentas Sempadan Malaysia–Republik Rakyat China di peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM). Antara fokus utama yang dipersetujui ialah penubuhan sekretariat kumpulan kerja di peringkat PDRM, membincangkan cadangan bentuk kerjasama, mengenal pasti bidang-bidang kerjasama yang strategik, serta merancang program dan aktiviti yang mampu memperkukuh kerjasama Malaysia–Republik Rakyat China dalam usaha memerangi jenayah rentas sempadan. Dalam ucapannya, CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu berharap agar semua ahli kumpulan kerja, termasuk Urus Setia KPN Perhubungan Antarabangsa, dapat memberikan komitmen, kerjasama serta pandangan yang bernas sepanjang tempoh kumpulan kerja ini berfungsi. Beliau turut menegaskan bahawa setiap perancangan yang dipersetujui perlu diterjemahkan kepada tindakan yang berkesan bagi menghasilkan impak positif kepada kedua-dua negara dalam usaha membanteras jenayah rentas sempadan. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP