Pubblicato 3 settimane fa
236.23K seguaci
9.34K views
273 likes
4 comments
10 shares
๐ ๐๐ฆ๐ฌ๐จ๐๐ฅ๐๐ง ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ก ๐๐จ๐ ๐ฃ๐จ๐๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐ ๐ ๐๐ ๐๐ฅ๐๐ก๐๐ ๐๐๐ก๐๐ฌ๐๐ ๐ฅ๐๐ก๐ง๐๐ฆ ๐ฆ๐๐ ๐ฃ๐๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐ - ๐ฅ๐๐ฃ๐จ๐๐๐๐ ๐ฅ๐๐๐ฌ๐๐ง ๐๐๐๐ก๐ ๐๐๐. ๐ญ/๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ KUALA LUMPUR, 6 Ogos 2026 โ CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), hari ini telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Kumpulan Kerja Memerangi Jenayah Rentas Sempadan MalaysiaโRepublik Rakyat China Bil. 1/2026 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Menara 2, Bukit Aman. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh DCP Datuk Mohd Sukri Kaman, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi), DCP Datuk Mohd Fazley Ab Rahman, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan), DCP Datuk Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (Risikan/Operasi), SAC Seetha Davi A/P Govindan Nair, Penolong Pengarah E3A Cawangan Khas, ACP Loh Pei Pei, ACP Perhubungan Antarabangsa Urus Setia KPN serta Ketua-Ketua Penolong Pengarah dan wakil daripada Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) melibatkan Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Gerakan Udara (PGU) dan Pasukan Polis Marin (PPM). Mesyuarat ini diadakan bagi menetapkan hala tuju penubuhan Kumpulan Kerja Memerangi Jenayah Rentas Sempadan MalaysiaโRepublik Rakyat China di peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM). Antara fokus utama yang dipersetujui ialah penubuhan sekretariat kumpulan kerja di peringkat PDRM, membincangkan cadangan bentuk kerjasama, mengenal pasti bidang-bidang kerjasama yang strategik, serta merancang program dan aktiviti yang mampu memperkukuh kerjasama MalaysiaโRepublik Rakyat China dalam usaha memerangi jenayah rentas sempadan. Dalam ucapannya, CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu berharap agar semua ahli kumpulan kerja, termasuk Urus Setia KPN Perhubungan Antarabangsa, dapat memberikan komitmen, kerjasama serta pandangan yang bernas sepanjang tempoh kumpulan kerja ini berfungsi. Beliau turut menegaskan bahawa setiap perancangan yang dipersetujui perlu diterjemahkan kepada tindakan yang berkesan bagi menghasilkan impak positif kepada kedua-dua negara dalam usaha membanteras jenayah rentas sempadan. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP