CID_RMP · @cidrmp

Posted 1 week ago
231.7K followers
7.53K views
229 likes
3 comments
7 shares

𝗣𝗥𝗡 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥: 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗔𝗦𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗝𝗘𝗡𝗔𝗬𝗔𝗛 𝗛𝗔𝗗𝗜𝗥 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗨𝗡𝗗𝗜, 𝗧𝗜𝗡𝗝𝗔𝗨 𝗕𝗜𝗟𝗜𝗞 𝗚𝗘𝗥𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗜𝗣𝗞 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 JOHOR BHARU, 7 Julai 2026 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (PJSJ) CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu, tiba di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor bagi menunaikan tanggungjawab beliau mengundi awal bagi Pilihanraya Negeri (PRN) Johor Ke -16 hari ini. Sebaik sahaja selesai mengundi, Datuk PJSJ meluangkan masa mengadakan lawatan ke Bilik Gerakan PRN Johor Ke - 16 IPK Johor bagi meninjau dan memastikan tahap kesiapsiagaan warga Kontinjen Johor terutama elemen-eleman JSJ berada ditahap yang optimum. Ketibaan beliau telah disambut oleh CP Dato' Ab Rahaman Arsad, Ketua Polis Johor, bersama DCP Hoo Chuan Huat, Timbalan Ketua Polis Johor dan SAC Mohd Zairi bin Badderul @ Badrol, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor. Penyertaan Datuk PJSJ mencerminkan komitmen tinggi warga Polis Diraja Malaysia dalam menjunjung amanah sebagai warganegara serta memperkukuh amalan demokrasi negara. Tanggungjawab yang dilaksanakan ini turut menzahirkan iltizam PDRM untuk memastikan proses pilihan raya berlangsung dengan penuh integriti, profesionalisme dan berlandaskan kedaulatan undang-undang. Hadir sama dalam lawatan, SAC Chuah Yong Huat, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Johor, SAC Muhd Zailani Abdullah, Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Johor, SAC Christopher Patit, Ketua Jabatan Pengurusan Johor, Ketua-ketua Jabatan serta Pegawai-Pegawai Kanan JSJ Kontinjen Johor. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP