Verรถffentlicht 1 Woche vor
231.73K followern
7.62K views
233 likes
3 comments
7 shares
๐ฃ๐ฅ๐ก ๐๐ข๐๐ข๐ฅ: ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐๐๐ง๐๐ก ๐ฆ๐๐๐ฆ๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ก๐๐ฌ๐๐ ๐๐๐๐๐ฅ ๐ ๐๐ก๐๐จ๐ก๐๐, ๐ง๐๐ก๐๐๐จ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐๐ก ๐๐ฃ๐ ๐๐ข๐๐ข๐ฅ JOHOR BHARU, 7 Julai 2026 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (PJSJ) CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu, tiba di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor bagi menunaikan tanggungjawab beliau mengundi awal bagi Pilihanraya Negeri (PRN) Johor Ke -16 hari ini. Sebaik sahaja selesai mengundi, Datuk PJSJ meluangkan masa mengadakan lawatan ke Bilik Gerakan PRN Johor Ke - 16 IPK Johor bagi meninjau dan memastikan tahap kesiapsiagaan warga Kontinjen Johor terutama elemen-eleman JSJ berada ditahap yang optimum. Ketibaan beliau telah disambut oleh CP Dato' Ab Rahaman Arsad, Ketua Polis Johor, bersama DCP Hoo Chuan Huat, Timbalan Ketua Polis Johor dan SAC Mohd Zairi bin Badderul @ Badrol, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor. Penyertaan Datuk PJSJ mencerminkan komitmen tinggi warga Polis Diraja Malaysia dalam menjunjung amanah sebagai warganegara serta memperkukuh amalan demokrasi negara. Tanggungjawab yang dilaksanakan ini turut menzahirkan iltizam PDRM untuk memastikan proses pilihan raya berlangsung dengan penuh integriti, profesionalisme dan berlandaskan kedaulatan undang-undang. Hadir sama dalam lawatan, SAC Chuah Yong Huat, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Johor, SAC Muhd Zailani Abdullah, Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Johor, SAC Christopher Patit, Ketua Jabatan Pengurusan Johor, Ketua-ketua Jabatan serta Pegawai-Pegawai Kanan JSJ Kontinjen Johor. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP