CID_RMP ยท @cidrmp

Posted 1 week ago
231.58K followers
13.4K views
348 likes
10 comments
17 shares

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—๐—˜๐—ก๐—”๐—ฌ๐—”๐—› (๐—ฃ๐—๐—ฆ๐—) ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐— ๐—” ๐—ž๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—›๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ช๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ก๐—ž ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—” ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” KUALA LUMPUR, 3 Julai 2026: CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Jabatan Perisikan Kewangan, Bank Negara Malaysia (BNM), yang berlangsung di Menara 2, Bukit Aman. Turut hadir ialah DCP Datuk Mohd Sukri Kaman Timbalan Pengarah JSJ (Risikan/Operasi), bersama Ketua-Ketua Penolong Pengarah Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah. Delegasi Jabatan Perisikan Kewangan BNM diketuai oleh Pengarah JPK-BNM Puan Zarifa Izan Zainol Abidin bersama Timbalan Pengarah, Dr. Sarah Azlina Che Rohim dan Encik Abdul Latiff Abdul Karim, serta barisan pengurus dan penyelidik Jabatan Perisikan Kewangan BNM. Kunjungan hormat ini menjadi platform strategik untuk memperkukuh kerjasama antara Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Polis Diraja Malaysia dan Bank Negara Malaysia (BNM), khususnya dalam mempertingkat perkongsian risikan kewangan, pertukaran maklumat secara bersepadu, pembangunan kepakaran serta penyelarasan tindakan penguatkuasaan yang lebih komprehensif. Kerjasama erat antara kedua-dua agensi mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasakan keupayaan penguatkuasaan negara bagi membanteras jenayah kewangan dan sindiket jenayah terancang. Sinergi strategik ini turut menjadi pemangkin kepada usaha memastikan Malaysia kekal selamat, berintegriti serta bebas daripada ancaman jenayah yang boleh menjejaskan keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP