Verรถffentlicht 1 Woche vor
231.57K followern
13.4K views
348 likes
10 comments
17 shares
๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐๐๐ง๐๐ก ๐ฆ๐๐๐ฆ๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ก๐๐ฌ๐๐ (๐ฃ๐๐ฆ๐) ๐ง๐๐ฅ๐๐ ๐ ๐๐จ๐ก๐๐จ๐ก๐๐๐ก ๐๐ข๐ฅ๐ ๐๐ง ๐๐๐ฅ๐๐ฃ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ง๐๐ก ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐๐๐ก ๐๐๐ช๐๐ก๐๐๐ก ๐๐๐ก๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐ KUALA LUMPUR, 3 Julai 2026: CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Jabatan Perisikan Kewangan, Bank Negara Malaysia (BNM), yang berlangsung di Menara 2, Bukit Aman. Turut hadir ialah DCP Datuk Mohd Sukri Kaman Timbalan Pengarah JSJ (Risikan/Operasi), bersama Ketua-Ketua Penolong Pengarah Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah. Delegasi Jabatan Perisikan Kewangan BNM diketuai oleh Pengarah JPK-BNM Puan Zarifa Izan Zainol Abidin bersama Timbalan Pengarah, Dr. Sarah Azlina Che Rohim dan Encik Abdul Latiff Abdul Karim, serta barisan pengurus dan penyelidik Jabatan Perisikan Kewangan BNM. Kunjungan hormat ini menjadi platform strategik untuk memperkukuh kerjasama antara Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Polis Diraja Malaysia dan Bank Negara Malaysia (BNM), khususnya dalam mempertingkat perkongsian risikan kewangan, pertukaran maklumat secara bersepadu, pembangunan kepakaran serta penyelarasan tindakan penguatkuasaan yang lebih komprehensif. Kerjasama erat antara kedua-dua agensi mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasakan keupayaan penguatkuasaan negara bagi membanteras jenayah kewangan dan sindiket jenayah terancang. Sinergi strategik ini turut menjadi pemangkin kepada usaha memastikan Malaysia kekal selamat, berintegriti serta bebas daripada ancaman jenayah yang boleh menjejaskan keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP