Posted 1 week ago
19.48K followers
559 views
11 likes
2 comments
0 shares
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ PAYA JARAS, 22 Jun - Tiga TABIKA KEMAS terpilih iaitu TABIKA KEMAS Bunga Rafflesia 5R3, Putrajaya; TABIKA Tunas Istimewa@KEMAS Bandar Seri Putra, Kajang dan TABIKA KEMAS PPAK Paya Jaras Hilir, Selangor telah menerima kunjungan delegasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam siri lawatan yang berlangsung pada 18 hingga 22 Jun 2026 bagi meninjau pelaksanaan program pendidikan awal kanak-kanak yang dilaksanakan oleh KEMAS. Lawatan yang melibatkan pegawai-pegawai kanan daripada pelbagai bahagian di KPM ini bertujuan mendapatkan gambaran secara langsung mengenai pengoperasian TABIKA KEMAS serta mengumpul input bagi menyokong usaha penyelarasan dasar dan tadbir urus pendidikan prasekolah di Malaysia. Sepanjang lawatan, delegasi KPM telah diberi taklimat mengenai inisiatif pendidikan awal kanak-kanak KEMAS termasuk pelaksanaan SmartClassroom @KEMAS, Program TABIKA Tunas Istimewa @KEMAS dan Program Pra Tahfiz KEMAS. Delegasi turut berpeluang meninjau sesi pengajaran dan pembelajaran, berinteraksi dengan pendidik serta melihat pelaksanaan aktiviti yang dijalankan di TABIKA terlibat. Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan KEMAS dan KPM dalam memperkukuh kerjasama strategik bagi memastikan akses pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti, inklusif dan relevan dengan keperluan semasa, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI. #TQKEMAS #imkemas #kemas4u #disinibermula #luarbandarsejahtera