Додано 3 тижнів тому
19.5K підписників
782 views
17 likes
2 comments
0 shares
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐊𝐏𝐌) 𝐊𝐄 𝐓𝐀𝐁𝐈𝐊𝐀 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐓𝐄𝐑𝐏𝐈𝐋𝐈𝐇 PAYA JARAS, 22 Jun - Tiga TABIKA KEMAS terpilih iaitu TABIKA KEMAS Bunga Rafflesia 5R3, Putrajaya; TABIKA Tunas Istimewa@KEMAS Bandar Seri Putra, Kajang dan TABIKA KEMAS PPAK Paya Jaras Hilir, Selangor telah menerima kunjungan delegasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam siri lawatan yang berlangsung pada 18 hingga 22 Jun 2026 bagi meninjau pelaksanaan program pendidikan awal kanak-kanak yang dilaksanakan oleh KEMAS. Lawatan yang melibatkan pegawai-pegawai kanan daripada pelbagai bahagian di KPM ini bertujuan mendapatkan gambaran secara langsung mengenai pengoperasian TABIKA KEMAS serta mengumpul input bagi menyokong usaha penyelarasan dasar dan tadbir urus pendidikan prasekolah di Malaysia. Sepanjang lawatan, delegasi KPM telah diberi taklimat mengenai inisiatif pendidikan awal kanak-kanak KEMAS termasuk pelaksanaan SmartClassroom @KEMAS, Program TABIKA Tunas Istimewa @KEMAS dan Program Pra Tahfiz KEMAS. Delegasi turut berpeluang meninjau sesi pengajaran dan pembelajaran, berinteraksi dengan pendidik serta melihat pelaksanaan aktiviti yang dijalankan di TABIKA terlibat. Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan KEMAS dan KPM dalam memperkukuh kerjasama strategik bagi memastikan akses pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti, inklusif dan relevan dengan keperluan semasa, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI. #TQKEMAS #imkemas #kemas4u #disinibermula #luarbandarsejahtera