CID_RMP ยท @cidrmp

Posted 1 week ago
230.03K followers
17.1K views
628 likes
12 comments
47 shares

[ ๐—ฆ๐—œ๐——๐—”๐—ก๐—š ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—” ] ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—๐—˜๐—ก๐—”๐—ฌ๐—”๐—› ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—๐—˜๐—ก๐—”๐—ฌ๐—”๐—› ๐—ง๐—จ๐— ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—๐—˜๐—ก๐—”๐—ฌ๐—”๐—› ๐—ž๐—˜๐—ฆ ๐—ฆ๐—”๐— ๐—จ๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—œ๐—ง๐—”๐—ฅ ๐—ž๐—”๐—๐—”๐—ก๐—š ๐——๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—œ KAJANG, 26 Mei 2026: CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (PJSJ) hari ini telah mengadakan satu Sidang Media berkaitan kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah menumpaskan dua suspek kes samun, dalam satu insiden berbalas tembakan di Bandar Seri Putera, Bangi malam semalam. Sewaktu rondaan cegah jenayah sedang dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Khas D9 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, telah mengesan sebuah kenderaan yang dipandu dalam keadaan mencurigakan. Arahan berhenti telah dikeluarkan namun tidak diendahkan oleh suspek-suspek, sehingga berlaku pelanggaran. Suspek kemudiannya bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah pihak polis, sehingga memaksa tembakan balas dilepaskan bagi memberhentikam ancaman. Pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut mendapati dua lelaki tempatan berada di bahagian hadapan kenderaan. Beberapa barangan salah turut ditemukan antaranya sepucuk pistol, 6 butir peluru hidup, 3 kelongsong peluru, 4 bilah parang, 3 keping nombor plet kenderaan, pakaian serta peralatan pecah rumah. Semakkan mendapati , kedua-dua suspek juga mempunyai 30 rekod jenayah lampau, melibatkan jenayah samun berkumpulan, pecah rumah dan curi kenderaan. Suspek dipercayai menyasarkan kediaman di sekitar laluan lebuhraya, dengan bersenjatakan pistol dan parang. Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. Usaha mengenalpasti dan mengesan saki-baki ahli kumpulan penjenayah, kini sedang giat dijalankan. CP Datuk M. Kumar turut menegaskan pihak polis, khasnya Jabatan Siasatan Jenayah senantiasa komited dalam membanteras aktiviti jenayah bagi memastikan keamanan dan keharmonian masyarakat kekal terpelihara. #POLISDIRAJAMALAYSIA #JabatanSiasatanJenayah #CIDRMP #sidangmedia