CID_RMP · @cidrmp

Veröffentlicht 2 Wochen vor
230.1K followern
18K views
651 likes
12 comments
47 shares

[ 𝗦𝗜𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 ] 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗔𝗦𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗝𝗘𝗡𝗔𝗬𝗔𝗛 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗔𝗦𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗝𝗘𝗡𝗔𝗬𝗔𝗛 𝗧𝗨𝗠𝗣𝗔𝗦𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗝𝗘𝗡𝗔𝗬𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗦 𝗦𝗔𝗠𝗨𝗡 𝗦𝗘𝗞𝗜𝗧𝗔𝗥 𝗞𝗔𝗝𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗡𝗚𝗜 KAJANG, 26 Mei 2026: CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (PJSJ) hari ini telah mengadakan satu Sidang Media berkaitan kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah menumpaskan dua suspek kes samun, dalam satu insiden berbalas tembakan di Bandar Seri Putera, Bangi malam semalam. Sewaktu rondaan cegah jenayah sedang dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Khas D9 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, telah mengesan sebuah kenderaan yang dipandu dalam keadaan mencurigakan. Arahan berhenti telah dikeluarkan namun tidak diendahkan oleh suspek-suspek, sehingga berlaku pelanggaran. Suspek kemudiannya bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah pihak polis, sehingga memaksa tembakan balas dilepaskan bagi memberhentikam ancaman. Pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut mendapati dua lelaki tempatan berada di bahagian hadapan kenderaan. Beberapa barangan salah turut ditemukan antaranya sepucuk pistol, 6 butir peluru hidup, 3 kelongsong peluru, 4 bilah parang, 3 keping nombor plet kenderaan, pakaian serta peralatan pecah rumah. Semakkan mendapati , kedua-dua suspek juga mempunyai 30 rekod jenayah lampau, melibatkan jenayah samun berkumpulan, pecah rumah dan curi kenderaan. Suspek dipercayai menyasarkan kediaman di sekitar laluan lebuhraya, dengan bersenjatakan pistol dan parang. Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. Usaha mengenalpasti dan mengesan saki-baki ahli kumpulan penjenayah, kini sedang giat dijalankan. CP Datuk M. Kumar turut menegaskan pihak polis, khasnya Jabatan Siasatan Jenayah senantiasa komited dalam membanteras aktiviti jenayah bagi memastikan keamanan dan keharmonian masyarakat kekal terpelihara. #POLISDIRAJAMALAYSIA #JabatanSiasatanJenayah #CIDRMP #sidangmedia