MAF TV ยท @tenteramalaysia_

Posted 5 months ago
7.09K followers
704 views
53 likes
0 comments
0 shares

๐Š๐„๐๐„๐‘๐’๐ˆ๐€๐๐’๐ˆ๐€๐†๐€๐€๐ ๐Ž๐ ๐Œ๐”๐‘๐๐ˆ ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐๐„๐‘๐€๐๐€๐ ๐“๐„๐๐“๐„๐‘๐€ ๐ƒ๐€๐‘๐€๐“ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐Œ๐„๐๐†๐‡๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐Œ๐Ž๐๐’๐”๐ ๐“๐ˆ๐Œ๐”๐‘ ๐‹๐€๐”๐“ Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datoโ€™ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim, mewakili Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datoโ€™ Sri Hj Muhammad Hafizuddeain bin Jantan selaku Pengelola Operasi Op MURNI, hadir ke sesi Taklimat Op MURNI di Wisma Pertahanan. Sesi berkenaan, dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan YB Datoโ€™ Seri Mohamed Khaled Nordin, memberi gambaran menyeluruh mengenai persiapan Tentera Darat dalam mendepani Monsun Timur Laut 2025/2026. Dalam lawatan tersebut, Timbalan Panglima turut meninjau rangkaian aset darat yang akan digunakan dalam operasi seperti trak, ambulans medan, bot penyelamat, dapur medan dan modular tent yang akan digunakan untuk operasi bantuan kemanusiaan. Pelaksanaan Op MURNI tahun ini memperkukuh kemampuan ATM dari aspek pengurusan operasi, mobilisasi pasukan serta koordinasi bantuan di kawasan bencana. Penglibatan 4,428 anggota bersama pelbagai aset khususnya aset Tentera Darat membuktikan kesiapsiagaan organisasi ini dalam melaksanakan misi kemanusiaan berskala besar. Usaha ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan operasi lapangan, malah memperkukuh integrasi antara formasi, sejajar dengan pendekatan WOGOS dan konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH). #maftv #TenteraDaratMalaysia #GagahSetia #DutyHonourSacrifice #malaysiatiktok