MAF TV · @tenteramalaysia_

Affiché 6 mois auparavant
7.15K suiveurs
734 views
53 likes
0 comments
0 shares

𝐊𝐄𝐁𝐄𝐑𝐒𝐈𝐀𝐏𝐒𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐎𝐏 𝐌𝐔𝐑𝐍𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏𝐈 𝐌𝐎𝐍𝐒𝐔𝐍 𝐓𝐈𝐌𝐔𝐑 𝐋𝐀𝐔𝐓 Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim, mewakili Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Muhammad Hafizuddeain bin Jantan selaku Pengelola Operasi Op MURNI, hadir ke sesi Taklimat Op MURNI di Wisma Pertahanan. Sesi berkenaan, dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, memberi gambaran menyeluruh mengenai persiapan Tentera Darat dalam mendepani Monsun Timur Laut 2025/2026. Dalam lawatan tersebut, Timbalan Panglima turut meninjau rangkaian aset darat yang akan digunakan dalam operasi seperti trak, ambulans medan, bot penyelamat, dapur medan dan modular tent yang akan digunakan untuk operasi bantuan kemanusiaan. Pelaksanaan Op MURNI tahun ini memperkukuh kemampuan ATM dari aspek pengurusan operasi, mobilisasi pasukan serta koordinasi bantuan di kawasan bencana. Penglibatan 4,428 anggota bersama pelbagai aset khususnya aset Tentera Darat membuktikan kesiapsiagaan organisasi ini dalam melaksanakan misi kemanusiaan berskala besar. Usaha ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan operasi lapangan, malah memperkukuh integrasi antara formasi, sejajar dengan pendekatan WOGOS dan konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH). #maftv #TenteraDaratMalaysia #GagahSetia #DutyHonourSacrifice #malaysiatiktok