Posted 8 months ago
6.35K followers
4.43K views
117 likes
4 comments
8 shares
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐(๐๐๐๐) ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ "๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐" ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ Bentong, 4 September 2025 โ Sempena sambutan Hari Malaysia tahun 2025 Jabatan Penjara Malaysia telah melaksanakan majlis Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) 'MADANI YAKIN' . Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. TKJP Ahmad Faudzi bin Awang, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan). Program PBSL merupakan inisiatif berterusan bagi memberi peluang kedua kepada prospek yang layak, agar mereka dapat kembali ke pangkuan keluarga serta masyarakat sebagai individu yang bertanggungjawab. Pada majlis ini, seramai 27 orang OBB dari Penjara Bentong dan Penjara Penor telah terpilih. Mereka terdiri daripada prospek yang menunjukkan tingkah laku cemerlang serta berjaya menamatkan program pemulihan yang disediakan oleh Jabatan Penjara Malaysia. Pelaksanaan PBSL ini adalah selaras dengan Akta Penjara 1995 dan Peraturan 111 Peraturan-Peraturan Penjara 2000, dengan penekanan kepada aspek keselamatan awam dan kesejahteraan komuniti. Inisiatif Ihsan MADANI bukan sahaja menyokong proses pemulihan sosial individu, malah memperkukuh nilai kekeluargaan dan perpaduan yang menjadi teras sambutan Hari Malaysia. Kesemua OBB yang dibebaskan akan dipantau secara berterusan bagi memastikan kepatuhan kepada syarat pelepasan yang ditetapkan. Jabatan Penjara Malaysia berharap agar masyarakat menerima mereka dengan hati terbuka serta memberi sokongan dalam usaha penyesuaian semula ke dalam komuniti. Turut hadir pada majlis ialah YBrs. KP Zainah binti Pardi, Pengarah Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti, YDH TKP Suhaizak bin Ab Wahab, Pengarah Penjara Bentong, YDH TKP Zamzuri Bin Ghani, Pengarah Pusat Latihan Permasyarakatan(PULMAS) serta pegawai-pegawai kanan Jabatan Penjara Malaysia. #fyppppppppppppppppppppppp #fypmalaysia #jabatanpenjaramalaysia #bentong #pahang @PENJARA OFFICIAL