Postado 8 meses atrás
6.35K seguidores
4.43K views
117 likes
4 comments
8 shares
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐋𝐄𝐒𝐄𝐍(𝐏𝐁𝐒𝐋) 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐘𝐀𝐊𝐈𝐍 "𝐊𝐄𝐏𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈𝐍𝐀𝐍𝐓𝐈" 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓 Bentong, 4 September 2025 – Sempena sambutan Hari Malaysia tahun 2025 Jabatan Penjara Malaysia telah melaksanakan majlis Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) 'MADANI YAKIN' . Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. TKJP Ahmad Faudzi bin Awang, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan). Program PBSL merupakan inisiatif berterusan bagi memberi peluang kedua kepada prospek yang layak, agar mereka dapat kembali ke pangkuan keluarga serta masyarakat sebagai individu yang bertanggungjawab. Pada majlis ini, seramai 27 orang OBB dari Penjara Bentong dan Penjara Penor telah terpilih. Mereka terdiri daripada prospek yang menunjukkan tingkah laku cemerlang serta berjaya menamatkan program pemulihan yang disediakan oleh Jabatan Penjara Malaysia. Pelaksanaan PBSL ini adalah selaras dengan Akta Penjara 1995 dan Peraturan 111 Peraturan-Peraturan Penjara 2000, dengan penekanan kepada aspek keselamatan awam dan kesejahteraan komuniti. Inisiatif Ihsan MADANI bukan sahaja menyokong proses pemulihan sosial individu, malah memperkukuh nilai kekeluargaan dan perpaduan yang menjadi teras sambutan Hari Malaysia. Kesemua OBB yang dibebaskan akan dipantau secara berterusan bagi memastikan kepatuhan kepada syarat pelepasan yang ditetapkan. Jabatan Penjara Malaysia berharap agar masyarakat menerima mereka dengan hati terbuka serta memberi sokongan dalam usaha penyesuaian semula ke dalam komuniti. Turut hadir pada majlis ialah YBrs. KP Zainah binti Pardi, Pengarah Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti, YDH TKP Suhaizak bin Ab Wahab, Pengarah Penjara Bentong, YDH TKP Zamzuri Bin Ghani, Pengarah Pusat Latihan Permasyarakatan(PULMAS) serta pegawai-pegawai kanan Jabatan Penjara Malaysia. #fyppppppppppppppppppppppp #fypmalaysia #jabatanpenjaramalaysia #bentong #pahang @PENJARA OFFICIAL