由...發布 4 天數 之前
231.56K 粉絲
55.8K views
2.37K likes
135 comments
752 shares
𝗗𝗨𝗔 𝗟𝗘𝗟𝗔𝗞𝗜 𝗥𝗢𝗛𝗜𝗡𝗚𝗬𝗔 𝗔𝗞𝗧𝗜𝗙 𝗣𝗘𝗖𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞 𝗥𝗨𝗠𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗖𝗨𝗥𝗜 𝗗𝗜𝗗𝗔𝗞𝗪𝗔 KUALA LUMPUR, 10 Julai 2026: Dua lelaki pemegang kad UNHCR didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas beberapa jenayah pecah masuk rumah di sekitar Kuala Lumpur. Beberapa pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 457 dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun, denda atau sebat, jika disabitkan kesalahan Tertuduh turut berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki Malaysia tanpa permit yang sah. Sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda sehingga RM10,000, penjara sehingga 5 tahun atau sebat, jika disabitkan kesalahan. Pada awal pagi 5 Jun yang lalu, tertuduh didakwa telah memecah masuk sebuah rumah di Taman Cheras Utama, Kuala Lumpur. Kejadian disedari mangsa apabila terdengar penggera keselamatan berbunyi. Hasil pemeriksaan yang dijalankan di tingkat bawah rumah, mangsa mendapati beberapa barangan peribadi seperti komputer riba, tablet, telefon bimbit serta wang tunai, telah dilarikan oleh penjenayah. Bertindak atas laporan yang diterima, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian D4 IPD Cheras telah berjaya memberkas kedua-dua tertuduh pada 6 Jun yang lalu. Pihak polis turut merampas beberapa helai barangan peribadi serta barangan elektronik lain, dipercayai hasil kegiatan curi. Dalam kamar pertuduhan hari ini,tertuduh-tertuduh mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan-pertuduhan dibacakan. Majistret-Majistret tidak membenarkan jamin dan menetapkan 10 hingga 23 Ogos depan untuk sebutan semula kes. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP