CID_RMP ยท @cidrmp

Publicado por 5 dias hace
231.57K seguidores
56.1K views
2.38K likes
137 comments
757 shares

๐——๐—จ๐—” ๐—Ÿ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—œ ๐—ฅ๐—ข๐—›๐—œ๐—ก๐—š๐—ฌ๐—” ๐—”๐—ž๐—ง๐—œ๐—™ ๐—ฃ๐—˜๐—–๐—”๐—› ๐— ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž ๐—ฅ๐—จ๐— ๐—”๐—› ๐——๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ก๐—–๐—จ๐—ฅ๐—œ ๐——๐—œ๐——๐—”๐—ž๐—ช๐—” KUALA LUMPUR, 10 Julai 2026: Dua lelaki pemegang kad UNHCR didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas beberapa jenayah pecah masuk rumah di sekitar Kuala Lumpur. Beberapa pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 457 dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun, denda atau sebat, jika disabitkan kesalahan Tertuduh turut berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki Malaysia tanpa permit yang sah. Sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda sehingga RM10,000, penjara sehingga 5 tahun atau sebat, jika disabitkan kesalahan. Pada awal pagi 5 Jun yang lalu, tertuduh didakwa telah memecah masuk sebuah rumah di Taman Cheras Utama, Kuala Lumpur. Kejadian disedari mangsa apabila terdengar penggera keselamatan berbunyi. Hasil pemeriksaan yang dijalankan di tingkat bawah rumah, mangsa mendapati beberapa barangan peribadi seperti komputer riba, tablet, telefon bimbit serta wang tunai, telah dilarikan oleh penjenayah. Bertindak atas laporan yang diterima, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian D4 IPD Cheras telah berjaya memberkas kedua-dua tertuduh pada 6 Jun yang lalu. Pihak polis turut merampas beberapa helai barangan peribadi serta barangan elektronik lain, dipercayai hasil kegiatan curi. Dalam kamar pertuduhan hari ini,tertuduh-tertuduh mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan-pertuduhan dibacakan. Majistret-Majistret tidak membenarkan jamin dan menetapkan 10 hingga 23 Ogos depan untuk sebutan semula kes. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP