CID_RMP ยท @cidrmp

ะ”ะพะฑะฐะฒะปะตะฝะพ 18 ั‡ะฐัะพะฒ ะฝะฐะทะฐะด
245.29K ะฟะพะดะฟะธัั‡ะธะบะพะฒ
2.45K views
91 likes
1 comments
1 shares

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—œ๐—ก๐—”๐—ฅ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—š๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—”๐—ง๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—”๐—ง๐—œ๐—ฃ๐—ฆ๐—ข๐—  ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—” ๐—๐—˜๐—ก๐—”๐—ฌ๐—”๐—› ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—–๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ KUANTAN, 29 Oktober 2026: CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (PJSJ), telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Seminar Pemantapan Sinergi Penguatkuasaan ATIPSOM serta Jenayah Terancang Tahun 2026 di Kuantan, Pahang. Dalam ucapannya, Datuk PJSJ merakamkan penghargaan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC), NSO-MAPO, Bahagian D3 dan D9 JSJ Bukit Aman, JSJ Kontinjen Pahang serta semua pihak yang telah menjayakan program tersebut. Penganjuran seminar ini menjadi platform penting untuk memperkukuh kerjasama strategik antara PDRM dengan pihak pendakwaan, khususnya dalam pelaksanaan SOSMA, pengendalian kes jenayah terancang dan kesalahan ATIPSOM. Beliau menegaskan bahawa kejayaan siasatan bukan sekadar diukur melalui jumlah tangkapan, tetapi turut bergantung pada kekuatan keterangan, ketepatan tindakan serta keupayaan membuktikan pertuduhan di mahkamah. Sehubungan itu, penyelarasan antara pegawai penyiasat dan pihak pendakwaan perlu diperkukuh sejak peringkat awal, termasuk dalam aspek pembuktian, kebolehterimaan keterangan, pengurusan bahan bukti dan pematuhan prosedur undang-undang. Bagi tempoh September 2025 hingga September 2026, PDRM melalui JSJ telah menumpaskan sembilan kumpulan jenayah terancang dan menahan 118 individu. Kumpulan berkenaan dipercayai terlibat dalam kegiatan kongsi gelap, dadah, pemerasan, samun, pelacuran serta jenayah kekerasan lain di beberapa negeri. Tindakan susulan turut membawa kepada penangkapan enam individu di Mumbai, India dan Thailand. Forum bertajuk โ€œDaripada Rangkaian Tempatan kepada Ancaman Global: Peranan SOSMA dalam Menangani Evolusi Jenayah Terancangโ€ turut mengetengahkan perspektif penting berhubung cabaran penguatkuasaan semasa. Hadir sama DCP Datuk Mohd Sukri Kaman Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/ Operasi), DCP Datuk Mohamad Farouk Eshak Timbalan Pengarah (Forensik/ Perancangan Strategik), DCP Dato' Azry Akmar Dato' Haji Ayob, Pemangku Ketua Polis Pahang, YA Puan Nurulhida Nur'Aini Mohd Nor, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Puan Norina Bahadun, Ketua Unit Jenayah Berat AGC, Puan Marweena Manan, Setiausaha Bahagian (SUB) MAPO, Dr. Mukhriz Mat Rus, Pengarah Kanan Fakulti Undang-Undang/ Kerajaan dan Pengakuan Antarabangsa UUM, Ketua-Ketua Pengarah dan Penolong-Penolong Pengarah JSJ, Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, serta Pegawai Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO). #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP