Pubblicato 16 orologio fa
245.28K seguaci
2.22K views
89 likes
1 comments
1 shares
๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐จ๐ง๐จ๐ฃ๐๐ก ๐ฆ๐๐ ๐๐ก๐๐ฅ ๐ฃ๐๐ ๐๐ก๐ง๐๐ฃ๐๐ก ๐ฆ๐๐ก๐๐ฅ๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐จ๐๐ง๐๐จ๐๐ฆ๐๐๐ก ๐๐ง๐๐ฃ๐ฆ๐ข๐ ๐ฆ๐๐ฅ๐ง๐ ๐๐๐ก๐๐ฌ๐๐ ๐ง๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐ก๐ ๐ง๐๐๐จ๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ KUANTAN, 29 Oktober 2026: CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (PJSJ), telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Seminar Pemantapan Sinergi Penguatkuasaan ATIPSOM serta Jenayah Terancang Tahun 2026 di Kuantan, Pahang. Dalam ucapannya, Datuk PJSJ merakamkan penghargaan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC), NSO-MAPO, Bahagian D3 dan D9 JSJ Bukit Aman, JSJ Kontinjen Pahang serta semua pihak yang telah menjayakan program tersebut. Penganjuran seminar ini menjadi platform penting untuk memperkukuh kerjasama strategik antara PDRM dengan pihak pendakwaan, khususnya dalam pelaksanaan SOSMA, pengendalian kes jenayah terancang dan kesalahan ATIPSOM. Beliau menegaskan bahawa kejayaan siasatan bukan sekadar diukur melalui jumlah tangkapan, tetapi turut bergantung pada kekuatan keterangan, ketepatan tindakan serta keupayaan membuktikan pertuduhan di mahkamah. Sehubungan itu, penyelarasan antara pegawai penyiasat dan pihak pendakwaan perlu diperkukuh sejak peringkat awal, termasuk dalam aspek pembuktian, kebolehterimaan keterangan, pengurusan bahan bukti dan pematuhan prosedur undang-undang. Bagi tempoh September 2025 hingga September 2026, PDRM melalui JSJ telah menumpaskan sembilan kumpulan jenayah terancang dan menahan 118 individu. Kumpulan berkenaan dipercayai terlibat dalam kegiatan kongsi gelap, dadah, pemerasan, samun, pelacuran serta jenayah kekerasan lain di beberapa negeri. Tindakan susulan turut membawa kepada penangkapan enam individu di Mumbai, India dan Thailand. Forum bertajuk โDaripada Rangkaian Tempatan kepada Ancaman Global: Peranan SOSMA dalam Menangani Evolusi Jenayah Terancangโ turut mengetengahkan perspektif penting berhubung cabaran penguatkuasaan semasa. Hadir sama DCP Datuk Mohd Sukri Kaman Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/ Operasi), DCP Datuk Mohamad Farouk Eshak Timbalan Pengarah (Forensik/ Perancangan Strategik), DCP Dato' Azry Akmar Dato' Haji Ayob, Pemangku Ketua Polis Pahang, YA Puan Nurulhida Nur'Aini Mohd Nor, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Puan Norina Bahadun, Ketua Unit Jenayah Berat AGC, Puan Marweena Manan, Setiausaha Bahagian (SUB) MAPO, Dr. Mukhriz Mat Rus, Pengarah Kanan Fakulti Undang-Undang/ Kerajaan dan Pengakuan Antarabangsa UUM, Ketua-Ketua Pengarah dan Penolong-Penolong Pengarah JSJ, Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, serta Pegawai Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO). #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP