CID_RMP · @cidrmp

Postado 1 semana atrás
236.13K seguidores
65.5K views
1.67K likes
84 comments
787 shares

𝗗𝗨𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗧𝗜𝗚𝗔 𝗜𝗡𝗗𝗜𝗩𝗜𝗗𝗨 𝗠𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗕𝗘𝗕𝗔𝗦 𝗟𝗔𝗞𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗛𝗜𝗔𝗡𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗧𝗔 𝗕𝗘𝗡𝗗𝗔 𝗗𝗜𝗗𝗔𝗞𝗪𝗔 PETALING JAYA, 6 Ogos 2026: Dua individu berusia 24 dan 26 tahun bersama tiga yang masih bebas, dituduh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini atas pertuduhan melakukan khianat harta benda. Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 427/34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 5 tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan. Pada 2 Ogos yang lalu, tertuduh-tertuduh didakwa telah memecahkan cermin kenderaan di kawasan parkir terbuka sebuah apartmen. Kejadian disedari penghuni yang mendengar bunyi kuat sebelum tampil membuat laporan polis. Semakan di lokasi kemudiannya mendapati sebanyak 5 buah cermin kenderaan telah dipecahkan oleh tertuduh-tertuduh dalam kejadian tersebut. Saksi awam turut sempat merakam perlakuan khianat terbabit sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Berdasarkan maklumat yang diperolehi serta siasatan yang dijalankan, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian D7 serta Bahagian Siasatan Jenayah IPD Petaling Jaya telah memberkas tertuduh-tertuduh untuk tindakan lanjut. Beberapa rampasan seperti pakaian peribadi serta motosikal telah dirampas untuk siasatan lanjut. Dalam kamar pertuduhan hari ini, tertuduh pertama dan kedua mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan. Majistret Amira Sariaty Zainal membenarkan jamin sebanyak RM2,500 setiap seorang. Tarikh sebutan semula ditetapkan pada 6 Oktober depan. Usaha mengesan mereka yang masih bebas sedang giat dijalankan.