CID_RMP ยท @cidrmp

Verรถffentlicht 1 Woche vor
236.11K followern
65.3K views
1.66K likes
87 comments
778 shares

๐——๐—จ๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ง๐—œ๐—š๐—” ๐—œ๐—ก๐——๐—œ๐—ฉ๐—œ๐——๐—จ ๐— ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—› ๐—•๐—˜๐—•๐—”๐—ฆ ๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐—›๐—œ๐—”๐—ก๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—ง๐—” ๐—•๐—˜๐—ก๐——๐—” ๐——๐—œ๐——๐—”๐—ž๐—ช๐—” PETALING JAYA, 6 Ogos 2026: Dua individu berusia 24 dan 26 tahun bersama tiga yang masih bebas, dituduh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini atas pertuduhan melakukan khianat harta benda. Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 427/34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 5 tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan. Pada 2 Ogos yang lalu, tertuduh-tertuduh didakwa telah memecahkan cermin kenderaan di kawasan parkir terbuka sebuah apartmen. Kejadian disedari penghuni yang mendengar bunyi kuat sebelum tampil membuat laporan polis. Semakan di lokasi kemudiannya mendapati sebanyak 5 buah cermin kenderaan telah dipecahkan oleh tertuduh-tertuduh dalam kejadian tersebut. Saksi awam turut sempat merakam perlakuan khianat terbabit sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Berdasarkan maklumat yang diperolehi serta siasatan yang dijalankan, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian D7 serta Bahagian Siasatan Jenayah IPD Petaling Jaya telah memberkas tertuduh-tertuduh untuk tindakan lanjut. Beberapa rampasan seperti pakaian peribadi serta motosikal telah dirampas untuk siasatan lanjut. Dalam kamar pertuduhan hari ini, tertuduh pertama dan kedua mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan. Majistret Amira Sariaty Zainal membenarkan jamin sebanyak RM2,500 setiap seorang. Tarikh sebutan semula ditetapkan pada 6 Oktober depan. Usaha mengesan mereka yang masih bebas sedang giat dijalankan.