ๆ็จฟใใ 8 ๆ้ ๆฅๅ
26.75K ใใฉใญใฏใผ
679 views
47 likes
3 comments
2 shares
๐๐๐๐ ๐/๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ LABUAN, - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melaksanakan latihan bersepadu yang menggabungkan pasukan khas ATM dan elit Tentera Darat Malaysia (TDM) serta Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam Latihan Air Mobility Tactical Operation (AMTOP) Siri 2/26. Latihan ini telah dikoordinasikan dengan jayanya oleh Markas Wilayah Udara 2 (MAWILUD 2) dan melibatkan beberapa kawasan operasi latihan di sekitar Labuan dan Perairan Pulau Tiga Kota Belud, Sabah. AMTOP Siri 2/26 kali ini telah melaksanakan pelbagai bentuk latihan seperti Air Drop, Mass Drop, Deck Landing Training, Tactical Air Landing Operation, Military Free Fall, Maritime Counter Terrorism Mission, Tactical Navigation, Dissimilar Aircraft Type Formation dan Cargo Sling. Pelaksanaan latihan ini bertujuan untuk meningkatkan kompetensi dan keupayaan penyesuaian anak kapal dalam persekitaran taktikal yang dinamik, di samping mengekalkan tahap kesiagaan serta keberkesanan operasi Skuadron Angkut dan Helikopter dalam merancang dan melaksanakan secara taktikal. Selain itu, latihan ini turut bertujuan untuk melaksanakan dan menambah baik prosedur sedia ada dari segi pelaksanaan operasi taktikal, tindakan Command and Control (C2) serta proses koordinasi misi bagi menjayakan Joint Operation. Tambahan itu, latihan ini berperanan sebagai platform menguji keberkesanan peralatan sedia ada dan terkini agar dapat disesuaikan dengan keperluan operasi semasa serta mengemas kini prosedur sedia ada. Siri latihan ini juga memberikan manfaat dalam pelaksanaan Role Qualification Conversion anak kapal bagi memastikan kesiagaan operasi taktikal yang bersedia untuk setiap skuadron Air Mobility. Latihan yang dilaksanakan dari 12 hingga 19 Okt 26 ini telah membuktikan bahawa aset-aset udara milik TUDM, terutamanya pesawat angkut (C130H, A400M, dan CN235) serta helikopter (EC725AP dan AW139), sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan berkeupayaan melaksanakan tugas operasi di daratan mahupun di lautan pada sebilang masa. Latihan ini juga memperlihatkan tahap kerjasama bersepadu yang erat, komitmen yang tinggi, serta profesionalisme yang ditunjukkan oleh ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM. Latihan ini turut melibatkan kerjasama daripada agensi awam seperti Jabatan Laut, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam usaha memastikan kesiagaan pertahanan negara berada pada tahap tertinggi. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Latihan AMTOP anjuran pada kali ini. #creatorsearchinsights #militarytraining