CID_RMP ยท @cidrmp

Pubblicato 1 settimana fa
230.96K seguaci
8.92K views
211 likes
5 comments
21 shares

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—๐—˜๐—ก๐—”๐—ฌ๐—”๐—› ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐—ง๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฃ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—š๐—”๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฅ๐—ก ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ ๐—ž๐—˜-๐Ÿญ๐Ÿฒ ๐——๐—œ ๐—œ๐—•๐—จ ๐—ฃ๐—˜๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ฆ๐—˜๐—š๐—”๐— ๐—”๐—ง SEGAMAT, 21 Jun 2026 โ€“ Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (PJSJ) CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu, telah mengadakan satu lawatan kerja sempena Taklimat Kesiapsiagaan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat. โ€‹Ketibaan beliau di pekarangan IPD telah disambut oleh SAC Mohd Zairi Badderul @ Badrol, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, ACP Nor Azlan A Kudus, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan (Risikan/ Operasi) Johor, ACP Mohd Zaidi Zambri Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/ Perundangan) Johor bersama-sama Pegawai-pegawai Turus serta Ketua-ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Batu Pahat, Muar, Segamat dan Tangkak. โ€‹Dalam lawatan tersebut, Datuk PJSJ telah meninjau Bilik Gerakan JSJ IPD Segamat bagi melihat sendiri tahap kesiapsiagaan warga kerja, terutama aspek penyelarasan operasi, pengurusan sumber manusia serta persiapan logistik. Perancangan rapi ini adalah bagi memastikan segala tindakan dan penugasan dapat dilaksanakan secara berkesan sepanjang tempoh PRN berlangsung. โ€‹Lawatan kerja ini menjadi platform penting untuk memperkukuh penyelarasan serta membincangkan strategi dan tindakan proaktif yang perlu diambil bagi mendepani sebarang cabaran atau isu keselamatan yang mungkin timbul sepanjang proses pilihan raya berlangsung. Turut hadir Supt Mohd JumazanZahir Chek Ismail, Ketua Polis Daerah Segamat dan DSP Nantha A/L Muniandy, Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP