CID_RMP · @cidrmp

Affiché 2 semaines auparavant
231.16K suiveurs
9.32K views
217 likes
5 comments
21 shares

𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗔𝗦𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗝𝗘𝗡𝗔𝗬𝗔𝗛 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗧𝗔𝗞𝗟𝗜𝗠𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗦𝗜𝗔𝗣𝗦𝗜𝗔𝗚𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗡 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝗞𝗘-𝟭𝟲 𝗗𝗜 𝗜𝗕𝗨 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗦𝗘𝗚𝗔𝗠𝗔𝗧 SEGAMAT, 21 Jun 2026 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (PJSJ) CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu, telah mengadakan satu lawatan kerja sempena Taklimat Kesiapsiagaan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat. ​Ketibaan beliau di pekarangan IPD telah disambut oleh SAC Mohd Zairi Badderul @ Badrol, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, ACP Nor Azlan A Kudus, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan (Risikan/ Operasi) Johor, ACP Mohd Zaidi Zambri Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/ Perundangan) Johor bersama-sama Pegawai-pegawai Turus serta Ketua-ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Batu Pahat, Muar, Segamat dan Tangkak. ​Dalam lawatan tersebut, Datuk PJSJ telah meninjau Bilik Gerakan JSJ IPD Segamat bagi melihat sendiri tahap kesiapsiagaan warga kerja, terutama aspek penyelarasan operasi, pengurusan sumber manusia serta persiapan logistik. Perancangan rapi ini adalah bagi memastikan segala tindakan dan penugasan dapat dilaksanakan secara berkesan sepanjang tempoh PRN berlangsung. ​Lawatan kerja ini menjadi platform penting untuk memperkukuh penyelarasan serta membincangkan strategi dan tindakan proaktif yang perlu diambil bagi mendepani sebarang cabaran atau isu keselamatan yang mungkin timbul sepanjang proses pilihan raya berlangsung. Turut hadir Supt Mohd JumazanZahir Chek Ismail, Ketua Polis Daerah Segamat dan DSP Nantha A/L Muniandy, Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP