KEMASOFFICIALโœ… ยท @kemajuan_masyarakat

Diposting 1 hari lalu
19.46K pengikut
610 views
26 likes
1 comments
1 shares

๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐’๐„๐‘๐“๐€๐ˆ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐Œ๐€๐€๐‹ ๐‡๐ˆ๐‰๐‘๐€๐‡ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Œ ๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—ฌ๐—”, 17 Jun - Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) telah menyertai Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1448H/2026M yang berlangsung di Masjid Putra, Putrajaya hari ini. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah yang berkenan berangkat meraikan sambutan tahun baharu Hijrah peringkat kebangsaan. KEMAS turut diwakili oleh Zainorin Pin, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Latihan dan Pembangunan Profesional bersama kontinjen KEMAS bagi memeriahkan sambutan yang bertemakan โ€œMADANI Dihayati, Ummah Diberkatiโ€. Tema ini menzahirkan aspirasi untuk memperkukuh perpaduan ummah, menghayati nilai-nilai Islam serta membentuk masyarakat yang sejahtera dan diberkati. Pada majlis tersebut, Profesor Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar, Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Ahli Falsafah Muslim, telah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1448H, manakala Dr. Ahmad Al-Raysuni, pakar fiqah Islam dari Maghribi, menerima pengiktirafan sebagai Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa 1448H. Semoga sambutan Maal Hijrah ini menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh jati diri, menyemarakkan semangat hijrah serta mempertingkat penghayatan nilai-nilai murni ke arah kehidupan yang lebih cemerlang dan diberkati. Salam Maal Hijrah 1448H โ€œ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐ƒ๐ข๐ก๐š๐ฒ๐š๐ญ๐ข, ๐”๐ฆ๐ฆ๐š๐ก ๐ƒ๐ข๐›๐ž๐ซ๐ค๐š๐ญ๐ขโ€ #TQKEMAS #imkemas #kemas4u #disinibermula #luarbandarsejahtera