Publicado por 1 día hace
19.46K seguidores
610 views
26 likes
1 comments
1 shares
𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀𝐈 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐀𝐋 𝐇𝐈𝐉𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌 𝗣𝗨𝗧𝗥𝗔𝗝𝗔𝗬𝗔, 17 Jun - Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) telah menyertai Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1448H/2026M yang berlangsung di Masjid Putra, Putrajaya hari ini. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah yang berkenan berangkat meraikan sambutan tahun baharu Hijrah peringkat kebangsaan. KEMAS turut diwakili oleh Zainorin Pin, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Latihan dan Pembangunan Profesional bersama kontinjen KEMAS bagi memeriahkan sambutan yang bertemakan “MADANI Dihayati, Ummah Diberkati”. Tema ini menzahirkan aspirasi untuk memperkukuh perpaduan ummah, menghayati nilai-nilai Islam serta membentuk masyarakat yang sejahtera dan diberkati. Pada majlis tersebut, Profesor Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar, Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Ahli Falsafah Muslim, telah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1448H, manakala Dr. Ahmad Al-Raysuni, pakar fiqah Islam dari Maghribi, menerima pengiktirafan sebagai Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa 1448H. Semoga sambutan Maal Hijrah ini menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh jati diri, menyemarakkan semangat hijrah serta mempertingkat penghayatan nilai-nilai murni ke arah kehidupan yang lebih cemerlang dan diberkati. Salam Maal Hijrah 1448H “𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐃𝐢𝐡𝐚𝐲𝐚𝐭𝐢, 𝐔𝐦𝐦𝐚𝐡 𝐃𝐢𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭𝐢” #TQKEMAS #imkemas #kemas4u #disinibermula #luarbandarsejahtera