Posted 1 week ago
143.34K followers
6.19K views
213 likes
3 comments
2 shares
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ุจูุณูู
ู ุงูููููู ุงูุฑููุญูู
ููู ุงูุฑููุญููู
ู Dengan penuh rasa syukur dan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, warga Ibu Pejabat Polis Tanah Merah bersama-sama menyertai Perarakan Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Jajahan Tanah Merah. Perarakan ini bukan sekadar berjalan bersama, tetapi menjadi lambang kecintaan kepada Rasulullah SAW, mengeratkan ukhuwah serta menghidupkan selawat dan penghayatan terhadap perjuangan Baginda. Rasulullah SAW telah melalui pelbagai cabaran dan dugaan dalam menyampaikan risalah Islam. Keteguhan, kesabaran, keberanian, amanah dan akhlak mulia Baginda menjadi contoh kepada kita semua. Sebagai warga PDRM, nilai-nilai tersebut menjadi inspirasi dalam melaksanakan amanah untuk menjaga keamanan, menegakkan keadilan serta memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat. Penyertaan warga IPD Tanah Merah dalam perarakan ini adalah sebagai tanda cinta kepada Rasulullah SAW, menghayati sirah dan sunnah Baginda, memperkukuh silaturahim serta menyemarakkan semangat perpaduan antara warga polis dan masyarakat. Semoga sambutan ini menjadi titik tolak untuk kita terus mencontohi akhlak Rasulullah SAW dalam kehidupan dan perkhidmatan. โMadani dihayati, Ummah diberkati .โ Hayati Madani Dengan Akhlak, Santuri Ummah Dengan Hikmah. Salam Maulidur Rasul SAW daripada warga Ibu Pejabat Polis Tanah Merah. #polistanahmerah #trending #maulidurrasul2026 #CapCut