MAF TV · @tenteramalaysia_

Posted 8 months ago
7.25K followers
30.8K views
918 likes
25 comments
44 shares

Wira 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡 𝐊𝐞 𝐋𝐮𝐛𝐧𝐚𝐧: 𝐌𝐀𝐋𝐁𝐀𝐓𝐓 𝟖𝟓𝟎-𝟏𝟑 𝐒𝐞𝐝𝐢𝐚 𝐆𝐚𝐥𝐚𝐬 𝐀𝐦𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐚𝐦𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐃𝐮𝐧𝐢𝐚 Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Haji Mohd Nizam bin Haji Jaffar telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Beret Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), penyerahan bendera Malaysia serta penghantaran kumpulan pertama Malaysian Battalion (MALBATT) 850-13 ke Lubnan di Pangkalan Udara Subang. Majlis penuh simbolik itu turut dihadiri oleh Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim yang mewakili Panglima Tentera Darat, bersama pegawai-pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta ahli keluarga anggota yang terlibat. Kontinjen MALBATT 850-13 berkekuatan 532 anggota yang terdiri daripada pegawai dan anggota pelbagai perkhidmatan ATM serta Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Mereka telah menjalani latihan intensif selama tiga bulan termasuk latihan integrasi bagi memastikan kesiapsiagaan sepenuhnya sebelum diaturgerakkan ke Lubnan bagi menggantikan MALBATT 850-12 di bawah misi United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL). Penghantaran dilaksanakan secara berperingkat melibatkan empat kumpulan menggunakan pesawat AirAsia. Penglibatan kontinjen ini bukan sahaja memperkukuh komitmen Malaysia terhadap keamanan sejagat tetapi turut memberi impak besar kepada Tentera Darat Malaysia dalam meningkatkan profesionalisme dan kredibiliti anggota di peringkat antarabangsa. Penglibatan aktif dalam misi keamanan dunia mencerminkan keupayaan Tentera Darat dalam menjunjung nilai Duty, Honour and Sacrifice sebagai teras kekuatan Angkatan Tentera Malaysia. #maftv #TenteraDaratMalaysia #GagahSetia #atm #lubnan