CID_RMP ยท @cidrmp

Posted 1 week ago
229.53K followers
6.83K views
197 likes
1 comments
113 shares

๐—•๐—จ๐—ก๐—จ๐—› ๐—Ÿ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—œ ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ; ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—”๐—ช๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—›๐—จ๐—ž๐—จ๐— ๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ง๐—œ TELUK INTAN, 7 Mei 2026: Seramai empat individu warga tempatan berusia 25 tahun, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Teluk Intan hari ini atas pertuduhan membunuh. Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 302/34 Kanun Keseksaan kerana secara bersama membunuh seorang lelaki warga emas. Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga tempoh empat puluh tahun serta sehingga dua belas kali sebatan, jika tidak dihukum mati. Dalam kejadian pada 17 April yang lalu, sepasang warga emas berusia 62 dan 72 tahun, menjadi mangsa sekumpulan lelaki yang bertindak menyamun suami isteri berkenaan di rumah mereka yang terletak di Pekan Baru, Teluk Intan. Kejadian yang berlaku sekitar 6 pagi itu membawa kepada kematian si suami, yang telah ditetak di bahagian tangan. Akibat tetakan tersebut, si mati kehilangan banyak darah dan disahkan meninggal di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan. Tertuduh-tertuduh turut didakwa melarikan sebuah peti besi mengandungi barangan kemas serta wang tunai milik pasangan berkenaan. Bertindak atas laporan yang diterima pihak polis, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Hilir Perak telah menahan tertuduh untuk siasatan lanjut pada 23 hingga 25 April yang lalu. Dalam kamar pertuduhan hari ini, tiada pengakuan direkodkan memandangkan kes ini merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Majistret Naidatul Athirah Azman tidak membenarkan sebarang jamin dan menetapkan 13 Julai depan untuk sebutan semula kes. #POLISDIRAJAMALAYSIA #JabatanSiasatanJenayah #CIDRMP