CID_RMP ยท @cidrmp

Posted 1 week ago
230.1K followers
6.14K views
245 likes
2 comments
73 shares

๐—ง๐—จ๐— ๐—•๐—จ๐—ž ๐——๐—”๐—›๐—œ ๐—ž๐—”๐—ก๐—”๐—ž- ๐—ž๐—”๐—ก๐—”๐—ž ๐Ÿฎ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก; ๐—ž๐—˜๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ๐—› ๐—œ๐—•๐—จ ๐——๐—œ๐——๐—”๐—ž๐—ช๐—” ๐— ๐—˜๐— ๐—•๐—จ๐—ก๐—จ๐—› TEMERLOH, 29 Mei 2026: Seorang lelaki berusia 29 tahun, dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang bayi berusia 2 tahun 4 bulan. Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga tempoh empat puluh tahun serta sehingga dua belas kali sebatan, jika tidak dihukum mati. Terdahulu, pihak polis telah menerima maklumat dari seorang pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung seorang pesakit muda berusia 2 tahun 4 bulan, yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri sewaktu dirujuk ke Hospital Temerloh. Pemeriksaan awal ke atas mangsa mendapati terdapat kesan lebam di seluruh badan mangsa serta kesan lebam di bahagian dahi. Terdapat juga pendarahan di dalam otak, dipercayai akibat penderaan fizikal. Mangsa telah ditidurkan sebelum meninggal dunia pada 18 Mei yang lalu. Hasil post-mortem yang dijalankan ke atas mangsa, pihak hospital percaya kanak-kanak tersebut telah ditumbuk di bahagian dahi. Bertindak atas maklumat yang diperolehi, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Temerloh telah menahan tertuduh untuk siasatan dan tindakan lanjut. Dalam kamar pertuduhan hari ini, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh memandangkan kes ini merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Majistret Anis Adlina Abu Johan tidak membenarkan sebarang jamin dan menetapkan 1 September 2026 untuk sebutan semula kes. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP