Posted 4 weeks ago
143.34K followers
12.7K views
252 likes
6 comments
4 shares
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ & ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ TANAH MERAH, 18 Ogos 2026 โ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah telah mengadakan General Roll Call dan Sesi Dialog Peringkat IPD Tanah Merahbertempat di Dewan IPD Tanah Merah. Program telah dipengerusikan oleh ๐๐ซ๐ฏ ๐บ๐๐๐. ๐ด๐๐๐
๐ฏ๐๐๐ ๐๐๐ ๐ฏ๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐ฒ๐๐๐๐ ๐ท๐๐๐๐ ๐ซ๐๐๐๐๐ ๐ป๐๐๐๐ ๐ด๐๐๐๐, dan turut dihadiri ๐๐ซ๐ฏ ๐ซ๐บ๐ท ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐ด๐๐๐๐๐๐๐ @ ๐ซ๐๐๐๐๐, ๐ป๐๐๐๐๐๐๐ ๐ฒ๐๐๐๐ ๐ท๐๐๐๐ ๐ซ๐๐๐๐๐ ๐ป๐๐๐๐ ๐ด๐๐๐๐ Ketua-Ketua Bahagian, Pegawai-Pegawai Kanan, Ketua-Ketua Polis Balai, Ketua-Ketua Cawangan, anggota pangkat rendah serta pegawai awam IPD Tanah Merah. Dalam amanatnya, YDH Ketua Polis Daerah menekankan kepentingan amanah, integriti, disiplin dan penampilan diri dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab sebagai warga Polis Diraja Malaysia (PDRM). Warga pasukan turut diingatkan supaya sentiasa menjaga tingkah laku dan tatakelakuan serta mengelakkan sebarang perbuatan adu domba yang boleh menjejaskan keharmonian dan hubungan sesama anggota. Selain itu, aspek kerjasama dan semangat berpasukan turut diberi penekanan bagi memastikan setiap tugasan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur, cekap dan berkesan demi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat. Sesi dialog turut memberi ruang kepada warga IPD Tanah Merah untuk membangkitkan beberapa isu berkaitan kemudahan, logistik, kenderaan dan kebajikan anggota. Kesemua isu yang dibangkitkan akan diberi perhatian sewajarnya oleh pihak KBLOG dan pengurusan IPD Tanah Merah untuk tindakan dan penyelesaian mengikut keutamaan serta peraturan yang ditetapkan. Penganjuran sesi dialog ini mencerminkan komitmen pihak pengurusan IPD Tanah Merah dalam memastikan kebajikan warga pasukan, keperluan logistik serta persekitaran tempat kerja sentiasa diberi perhatian, di samping memperkukuhkan komunikasi dua hala antara pihak pengurusan dan warga kerja. #ipdtanahmerah #polistanahmerah #poliskelantan