CID_RMP · @cidrmp

Posted 2 weeks ago
237.28K followers
17.48K views
494 likes
39 comments
28 shares

𝐒𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈-𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐂𝐏 𝐃𝐀𝐓𝐔𝐊 𝐌. 𝐊𝐔𝐌𝐀𝐑 𝐀/𝐋 𝐒. 𝐌𝐔𝐓𝐇𝐔𝐕𝐄𝐋𝐔 Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YDH CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (PJSJ) atas penganugerahan Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.C.S.M.) yang membawa gelaran Datuk Wira, sempena Sambutan Hari Jadi Ke-77 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka Tahun 2026. Penganugerahan berprestij ini merupakan satu pengiktirafan terhadap khidmat bakti, kepimpinan serta sumbangan cemerlang Datuk kepada Negeri Melaka dan negara, khususnya dalam memelihara keselamatan serta menegakkan kedaulatan undang-undang. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk Datuk terus menerajui Jabatan Siasatan Jenayah dengan penuh integriti, profesionalisme dan dedikasi demi PDRM dan negara. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP