Posted 1 day ago
5.08K followers
982 views
26 likes
2 comments
2 shares
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ (๐
๐๐๐/๐
๐๐๐) Sepang, 14 September 2026 โ Selepas dibuka kepada pengguna pada 12 September 2026, Persimpangan KIWA (FT29/FT32) terus diberi perhatian bagi memastikan kemudahan yang disediakan memenuhi keperluan pengguna. Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Datoโ Ir. Ibrahim bin Esa hari ini turut menyertai tinjauan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR), YBhg. Datoโ Seri Azman bin Ibrahim ke kawasan projek sehingga Laluan FT27, Sepang, Selangor. Tinjauan turut diteruskan ke kawasan projek bagi melihat perkembangan semasa pelaksanaan kerja serta memastikan perkara berkaitan projek diberi perhatian dan tindakan sewajarnya sebagai sebahagian daripada usaha berterusan KKR dan JKR dalam memastikan pelaksanaan projek di lapangan berjalan dengan baik. KKR dan JKR akan terus komited dalam memastikan pembangunan infrastruktur negara dilaksanakan secara berterusan demi manfaat dan kesejahteraan rakyat. #DeliveryIsOurPriority #IamJKR #KitaJKR #JasaKepadaRakyat #TangkasBertindak