Posted 5 days ago
2.18K followers
480 views
20 likes
0 comments
1 shares
𝗠𝗘𝗡𝗝𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛: 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗛𝗢𝗟 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲 🕌🕊️ Seluruh warga kerja, barisan pensyarah, dan para pelajar Kolej Profesional MARA Bandar Penawar (KPMBP) dengan penuh takzim merakamkan ucapan salam peringatan sempena Hari Hol Negeri Johor bagi memperingati kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor. Sama-sama kita memanjatkan doa ke hadrat Allah SWT agar dicucuri rahmat ke atas roh Almarhum baginda, diampunkan segala dosa, dan ditempatkan bersama-sama golongan orang yang beriman dan beramal soleh. Semoga legasi kepimpinan, jasa, dan sumbangan Almarhum baginda sepanjang menaungi bumi bertuah ini sentiasa mekar di dalam lipatan sejarah dan sanubari seluruh rakyat negeri Johor Darul Ta'zim. Al-Fatihah. 🤲 ##WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #HebatkanMARA #HidupBiarBerjasa #AkuKasihMalaysia