CID_RMP ยท @cidrmp

Posted 2 weeks ago
236.23K followers
16.3K views
544 likes
29 comments
182 shares

๐—ง๐—”๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐—ง ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ช๐—”๐—ก๐—œ๐—ง๐—” ๐Ÿณ๐Ÿฌ-๐—”๐—ก; ๐—Ÿ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—œ ๐Ÿฏ๐Ÿฌ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐——๐—œ๐——๐—”๐—ž๐—ช๐—” SEREMBAN, 14 Ogos 2026: Seorang lelaki berusia 30 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban atas tiga pertuduhan melakukan jenayah gangguan seksual. Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan. Sabit kesalahan, bagi setiap pertuduhan, tertuduh berdepan penjara sehingga 5 tahun, denda atau kedua-duanya sekali. Tertuduh didakwa telah mengganggu wanita-wanita berusia 70-an di sekitar kawasan Mambau. Dalam kejadian berasingan pada hujung Julai dan awal bulan ini, tertuduh didakwa menghampiri mangsa dengan menaiki sebuah motosikal dan bertegur sapa, sebelum menunjukkan alat sulit kepada mangsa. Bertindak atas laporan polis yang diterima, sepasukan pegawai dan anggota dari JSJ IPD Seremban telah memulakan siasatan dan menggerakkan usaha memberkas tertuduh. Hasilnya, pada pagi 12 Ogos yang lalu, tertuduh telah berjaya ditahan di sebuah rumah di Taman Angsamas Mambau. Dalam kamar pertuduhan hari ini, tertuduh yang diwakili peguam telah mengaku bersalah tehadap (1) pertuduhan sebaik pertuduhan dibacakan ke atasnya. Manakala tiada pengakuan bagi (2) lagi pertuduhan. Majistret Nurul Saqinah Rosli telah menjatuhkan hukuman penjara selama 1 bulan beserta denda sebanyak RM 2500 dan 4 bulan penjara sekiranya ingkar. Tarikh sebutan berikutnya ditetapkan pada 17 dan 18 Sept 2026 depan. Rentetan kejadian ini, masyarakat diingatkan untuk sentiasa berhati-hati dan melaporkan sebarang kejadian seksual bagi mengelakkan kejadian ini berulang terhadap mangsa yang lain. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP