9.19K views
447 likes
14 comments
101 shares

๐Š๐„๐๐€๐‹๐€ ๐๐€๐“๐€๐’ ๐˜๐Ž๐”๐“๐‡ ๐‚๐„๐๐“๐‘๐„ (๐Š๐๐˜๐‚) ๐Š๐„๐๐€๐‹๐€ ๐๐€๐“๐€๐’, ๐๐”๐‹๐€๐” ๐๐ˆ๐๐€๐๐† Saya baru-baru ini telah mengiringi YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan, dalam satu lawatan kerja bagi meninjau status terkini pembangunan Kepala Batas Youth Centre (KBYC) yang kini berada di peringkat akhir pelaksanaan. Kemudahan bernilai RM45 juta ini merupakan salah satu inisiatif penting yang dirangka semasa saya diberi amanah menerajui Kementerian Belia dan Sukan, dengan objektif menyediakan ekosistem pembangunan belia yang lengkap, inklusif dan berkualiti tinggi, khususnya untuk rakyat Pulau Pinang dan wilayah utara. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Dr. Mohammed Taufiq Johari atas sokongan berterusan serta komitmen beliau dalam memastikan projek KBYC berjalan lancar dan disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan. Apabila siap sepenuhnya kelak, KBYC akan dilengkapi dengan pelbagai fasiliti sukan dan rekreasi moden bertaraf antarabangsa, termasuk asrama dan astaka, padang bola sepak bersama trek sintetik, dewan e-sukan, bilik muzik, gimnasium, trek joging, skate park, serta kemudahan sokongan lain yang mesra belia. Penubuhan KBYC diyakini akan menjadi pemangkin utama aktiviti belia di Pulau Pinang, selain berperanan sebagai hab sukan strategik bagi wilayah utara Semenanjung Malaysia, seterusnya membuka lebih banyak ruang kepada belia untuk membina potensi, mencungkil bakat dan mengukuhkan daya saing. Lawatan ini turut disertai oleh Tuan Haji Abdullah bin Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan); Encik Zainuddin Mohamed, Ahli Majlis MBSP; Datoโ€™ Haji Roslan Saidin, mantan ADUN Pinang Tunggal; Encik Muhamad Aidil Fitri Mat Aripin, Penyelaras KADUN Pinang Tunggal; Encik Mozakir Buyong Mokhtar, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, serta wakil-wakil jabatan berkaitan. #KepalaBatasYouthCentre #KBYC #DemiKepalaBatas