1.82K views
67 likes
0 comments
11 shares

๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐€๐‡ & ๐๐„๐๐”๐‡ ๐’๐„๐Œ๐€๐๐†๐€๐“! ๐Š๐„๐‰๐Ž๐‡๐€๐๐€๐ ๐Ž๐‹๐€๐‡๐‘๐€๐†๐€ ๐’๐Š ๐๐„๐‘๐“๐€๐Œ ๐ˆ๐๐ƒ๐€๐‡ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” Saya berbesar hati merasmikan Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah Kebangsaan Bertam Indah Edisi XXIII Tahun 2026 yang berlangsung dengan penuh semangat, warna-warni dan semangat kesukanan. Hadir sama, Encik Muhamad Aidil Fitri Mat Aripin, Pegawai Penyelaras KADUN Pinang Tunggal. Tahniah kepada Dato Haji Shariful Azhar Othman, YDP PIBG; Cikgu Zainal Ahmad, Guru Besar; Encik Zameer bin Haidar Ali, NYDP; pihak sekolah, guru-guru, PIBG serta seluruh jawatankuasa pelaksana yang bertungkus-lumus memastikan kejohanan tahunan ini berjalan lancar dan meriah. Kejohanan seperti ini bukan sahaja mencungkil bakat serta potensi murid dalam bidang sukan, malah membentuk disiplin, semangat berpasukan, kepimpinan dan daya saing yang sihat dalam kalangan pelajar sejak di bangku sekolah lagi. Saya turut berpeluang menyaksikan semangat luar biasa para peserta rumah sukan yang tampil dengan sorakan, perbarisan dan semangat juang yang cukup membanggakan. Inilah platform terbaik dalam melahirkan generasi muda yang aktif, cergas dan seimbang dari segi akademik serta kokurikulum. Semoga SK Bertam Indah terus melakar kecemerlangan dan melahirkan lebih ramai atlet berbakat pada masa hadapan. Tahniah dan selamat maju jaya kepada semua peserta! #SKBertamIndah #KejohananOlahraga2026 #DemiKepalaBatas