Jabatan Imigresen Malaysia · @imigresenmy

Posted 5 days ago
349.77K followers
27.34K views
605 likes
14 comments
247 shares

𝗦𝗢𝗥𝗢𝗧𝗔𝗡 | 𝗝𝗜𝗠 𝗧𝗜𝗡𝗗𝗔𝗞 𝗔𝗗𝗨𝗔𝗡 𝗔𝗪𝗔𝗠, 𝟯𝟮𝟱 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗔𝗦𝗜𝗡𝗚 𝗗𝗜𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡 PUTRAJAYA, 9 September 2026 – Seramai 325 warganegara asing ditahan dalam operasi penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di sebuah kawasan pangsapuri sekitar Putrajaya, awal pagi tadi. Operasi yang dilaksanakan susulan aduan dan maklumat awam itu melibatkan pemeriksaan terhadap 740 individu. Antara kesalahan dikenal pasti termasuk tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas yang sah, tinggal lebih masa serta melanggar syarat pas. JIM akan terus mempergiat tindakan penguatkuasaan secara bersasar berdasarkan risikan dan maklumat awam bagi membanteras pelanggaran undang-undang imigresen. #tiadaharitanpaoperasi #OpsGempur #JabatanImigresenMalaysia #ImigresenPerkasa #PATI