Posted 7 months ago
143.34K followers
2.87M views
89K likes
547 comments
8.16K shares
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Tanah Merah mempergiatkan pelaksanaan Sekatan Jalan Raya (SJR) di beberapa lokasi strategik sebagai langkah pencegahan dan penguatkuasaan berterusan. Tindakan ini diambil berikutan kedudukan geografi Negeri Kelantan yang bersempadan dengan Thailand dan sering dikaitkan dengan aktiviti penyeludupan dadah, senjata api serta jenayah rentas sempadan. Sehubungan itu, semua pegawai dan anggota yang terlibat diingatkan supaya sentiasa mengutamakan keselamatan, berwaspada terhadap kehadiran penjenayah yang bersembunyi di kawasan operasi serta mematuhi Standard Operasi Prosedur (SOP) yang ditetapkan. Operasi ini turut menyasarkan pembanterasan pengedaran dadah kepada kumpulan sasar dan mengekang peningkatan jenayah berkaitan demi menjamin keselamatan serta ketenteraman awam di daerah ini. #polistanahmerah #ipdtanahmerah #sjr